BANTUAN TUNAI MYSTR FASA AKHIR DI MASUKKAN 7 NOVEMBER 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Bayaran Bantuan Tunai MySTR adalah secara ansur berperingkat mengikut fasa bagi sepanjang tahun 2024 yang mana fasa pertama, kedua dan ketiga telahpun selesai dibayar kepada lebih 8.5 juta penerima dan kini bayaran MySTR bakal memasuki fasa yang terakhir iaitu fasa empat.
Bagaimanakah semak bantuan tunai mystr fasa akhir dimasukkan 7 November? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP BULANAN RM450 TERBARU : SEMAK SEKARANG
BANTUAN TUNAI MYSTR FASA AKHIR DI MASUKKAN 7 NOVEMBER 2024
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Tunai MySTR Fasa Akhir (Fasa Keempat) akan dimasukkan bermula pada 7 November 2024 (Khamis) dan berperingkat kepada setiap penerima sedia ada dan baharu mengikut akaun bank penerima yang didaftarkan.
WAKTU BANTUAN TUNAI MYSTR FASA AKHIR DI MASUKKAN
Bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang didaftarkan, Bantuan Tunai MySTR akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu yang ditetapkan iaitu bermula pada :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun, ia akan dimasukkan berperingkat ke dalam akaun bank penerima.
JUMLAH BANTUAN TUNAI MYSTR FASA AKHIR DI MASUKKAN
Berikut merupakan jumlah Bantuan Tunai MySTR fasa akhir bagi setiap kategori penerima sedia ada :
- Isi Rumah Pendapatan Rendah :
- 0 anak : RM200.
- 1-2 anak : RM350.
- 3-4 anak : RM500.
- 5 ke atas : RM650.
- Isi Rumah Pendapatan Serdehana :
- 0 anak : RM150.
- 1-2 anak : RM200.
- 3-4 anak : RM250.
- 5 ke atas : RM300.
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
- RM100.
- Bujang Umur 60 tahun ke atas :
- RM150.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA AKHIR DI MASUKKAN
Untuk mengetahui status bayaran MySTR fasa akhir, ikuti cara semakan status di Portal Rasmi MySTR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa akhir akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.