BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN 2025 : CHECK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN 2025 : CHECK PENERIMA SEKARANG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2025 akan menerima peruntukan sebanyak RM5.3 billion untuk 17 jenis bantuan pendidikan bagi sepanjang tahun dan hampir RM800 juta untuk disalurkan secara tunai kepada 5.2 juta pelajar sebagai persediaan persekolahan sesi 2025.

Bagaimanakah check penerima bantuan tunai persekolahan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BUJANG RM600 : MOHON & SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN

Bantuan Tunai Persekolahan diberikan sebagai persediaan awal persekolahan bagi membantu mengurangkan bebanan ibubapa atau penjaga untuk membuat persiapan peralatan dan barangan sekolah anak yang bakal memasuki alam persekolahan sesi tahun 2025.

KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN 2025 DISALURKAN

Setiap murid / pelajar yang layak akan menerima kadar amaun Bantuan Tunai Persekolahan yang sama, iaitu sebanyak :

KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI
PERSEKOLAHAN SESI 2025
RM150 setiap seorang

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN

Berikut merupakan syarat kelayakan sebagai penerima Bantuan Tunai Persekolahan :

  • Murid warganegara Malaysia:
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  • Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama;
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan;
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    • Sekolah Integriti;
    • Sekolah Henry Gurney.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan secara berperingkat terus ke :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tiada akaun KWK.

Dan pihak sekolah akan menyalurkan Bantuan Tunai Persekolahan melalui kaedah berikut :

  • Secara tunai di sekolah; atau
  • Dikreditkan ke dalam akaun bank murid.

*Tertakluk kepada sekolah masing-masing.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

Leave a Comment