BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SEKARANG

Majoriti rakyat adalah terdiri daripada yang berpendapatan rendah dan juga serdehana rendah. Oleh itu, kerajaan amat komited untuk membantu dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan sepanjang tahun.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai rakyat? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3 : SEMAKAN

APA ITU BANTUAN TUNAI RAKYAT

Bantuan Tunai Rakyat adalah merupakan bantuan yang disalurkan sepanjang tahun ini secara tunai dan tanpa tunai sebagai tambahan yang merangkumi dua (2) jenis bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah dan juga Sumbangan Asas Rahmah.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAKYAT

Berikut merupakan jumlah bantuan tunai yang bakal diperoleh setiap penerima :

  1. Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Ke Bawah :
    • Tiada anak : RM1,000 + RM1,200 = RM2,200.
    • 1 hingga 2 anak : RM1,500 + RM1,200 = RM2,700.
    • 3 hingga 4 anak : RM2,000 + RM1,200 = RM3,200.
    • 5 anak ke atas : RM2,500 + RM1,200 = RM3,700.
  2. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 Hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM500 + RM300 = RM800.
    • 1 hingga 2 anak : RM750 + RM300 = RM1,050.
    • 3 hingga 4 anak : RM1,000 + RM300 = RM1,300.
    • 5 anak ke atas : RM1,250 + RM300 = RM1,550.
  3. Bujang Umur 60 Tahun Ke Atas :
    • RM600 + RM1,200 = RM1,800 atau
    • RM600 + RM150 = RM750.
  4. Bujang Umur 21 Hingga 59 Tahun :
    • RM350 + RM600 = RM950 atau
    • RM350 + RM150 = RM500.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat adalah mengikut kaedah seperti berikut :

  • Kaedah Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah :
    • Secara tunai melalui akaun bank penerima; atau
    • Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.
  • Kaedah Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah :
    • Bagi penerima di Semenanjung secara tanpa tunai dalam Mykad; dan
    • Bagi penerima di Sabah dan Sarawak secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Tunai Rakyat seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan status rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR & MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Pertanyaan Bantuan : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment