BANTUAN TUNAI RM100 DIKREDITKAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI RM100 DIKREDITKAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Kadar peruntukan bantuan tunai adalah sebanyak RM700 juta untuk dikreditkan ke dalam Mykad penerima yang layak setiap bulan. Inisiatif bantuan ini dapat memudahkan Kerajaan menyalurkan bantuan serta memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya.

Bagaimanakah semakan bantuan tunai rm100 dikreditkan setiap bulan dalam mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PENGELUARAN KHAS KWSP AKAUN FLEKSIBEL TELAH DILANCARKAN : MOHON SEKARANG

BILAKAH TARIKH BANTUAN TUNAI RM100 DIKREDITKAN DALAM MYKAD 2024

Pengkreditan bantuan tunai RM100 akan dikreditkan setiap bulan ke dalam Mykad penerima bermula pada setiap 1 hari bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan pengkreditan akhir pada 1 Disember 2024 dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN TUNAI RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024

Penerima perlu menggunakan bantuan tunai RM100 setiap bulan dalam Mykad mengikut cara seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (RUJUK DI SINI).
  2. Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan resit untuk semakan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEH DARIPADA BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD 2024

Manfaat-manfaat yang diperoleh daripada bantuan tunai dalam Mykad adalah seperti senarai berikut :

  1. Bantuan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam kad pengenalan penerima;
  2. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) menggunakan kad pengenalan sahaja di kedai terpilih;
  3. Had pembelian sehingga RM1,200 setahun; dan
  4. Boleh digunakan sehingga 31 Disember 2024.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RM100 DIKREDITKAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024

Ikuti cara semakan bantuan tunai RM100 setiap bulan dalam Mykad penerima yang layak seperti di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan bantuan dalam Mykad di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Sila masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status Mykad penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment