BANTUAN TUNAI STR BUJANG RM100 FASA 4 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Terdapat peningkatan bilangan penerima Bantuan Tunai STR fasa keempat (4) yang berstatus bujang seramai lebih 0.1 juta daripada permohonan baharu dan juga rayuan yang telah diluluskan pada bulan September yang lalu.
Bagaimanakah semak penerima bantuan tunai str bujang rm100 fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM150 FASA 4 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR BUJANG 2024
Berikut merupakan jumlah bilangan penerima Bantuan Tunai STR kategori Bujang bagi sepanjang tahun 2024 :
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
3.1 juta penerima | 3.3 juta penerima | 3.3 juta penerima | 3.4 juta penerima |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024
Setiap penerima yang berstatus bujang akan menerima Bantuan Tunai STR fasa empat (4) mengikut tarikh seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH PENERIMAAN BAYARAN BANTUAN STR |
---|---|
Bujang Tiada Akaun Bank | 07 November 2024 (Khamis) |
Bujang Ada Akaun Bank | Bermula 07 November 2024 (Khamis) secara berperingkat |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024
Penerimaan Bantuan Tunai STR adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi penerima tiada akaun atau status ‘Gagal Kredit’;
- Secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima : Bagi penerima yang telah mendaftarkan nombor akaun bank yang aktif.
KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024
Bagi penerima sedia ada yang berstatus bujang akan menerima Bantuan Tunai STR mengikut kadar amaun seperti berikut :
KESELURUHAN AMAUN STR BUJANG | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
RM350 | RM100 | RM100 | RM50 | RM100 |
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR BUJANG RM100 FASA 4 2024
Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Tunai STR fasa empat (4) seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan ‘No. Kad Pengenalan‘ tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Pada halaman seterusnya, klik butang [Semak].
- Sekiranya ‘Frasa Keselamatan‘ yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] yang ditetapkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.