BANTUAN TUNAI STR RM4600 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN TUNAI STR RM4600 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG

Baru-baru ini, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa penerima Bantuan Tunai STR pada tahun 2025 akan menerima bantuan dengan kadar tertinggi iaitu berjumlah sehingga sebanyak RM4,600 selama setahun.

Bagaimanakah semak status bantuan tunai str rm4600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BERITA BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 4 2024 : SEMAK SEKARANG

BANTUAN TUNAI STR RM4600 2025

Berdasarkan ringkasan Belanjawan 2025, Bantuan Tunai STR yang tertinggi adalah merangkumi jumlah bantuan STR dan juga bantuan tambahan seperti berikut :

JENIS BANTUANJUMLAH
Bantuan Tunai STRRM2,500
Bantuan TambahanRM1,200 + RM900
= RM4,600

CARA BANTUAN TUNAI STR RM4600 DISALURKAN

Penyaluran Bantuan Tunai STR adalah sama seperti tahun sebelum ini seperti berikut :

CARA PENYALURANJUMLAH BANTUAN
DISALURKAN
Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima
Atau
Secara tunai di kaunter BSN
RM2,500
(4 Fasa)
Dikreditkan ke dalam MyKad penerima
Atau
Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima
RM1,200 + RM900
(Setiap bulan)

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR RM4600

Bantuan RM4,600 adalah terhad kepada penerima yang memenuhi kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berkahwin atau ibu / bapa tunggal;
  • Mempunyai bilangan anak 5 orang dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (bawah garis PGK semasa);
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Tunai STR yang berjumlah RM4,600 seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment