BANTUAN TUNAI TERBARU RM150 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI TERBARU RM150 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Berdasarkan Belanjawan 2025, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar minimum bantuan tunai daripada hanya RM100 sebulan kepada RM150 sebulan untuk diberikan kepada individu yang kurang kemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimanakah semak penerima bantuan tunai terbaru rm150? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : APA ITU T15? : SIAPA & PURATA PENDAPATAN DI MALAYSIA

BANTUAN TUNAI TERBARU RM150 2025

Bantuan tunai ini akan disalurkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 khas kepada rakyat yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BANTUAN TUNAI TERBARU 2025

Pada tahun 2025, kadar bantuan tunai akan dipertingkatkan seperti berikut :

KADAR MINIMUM
BANTUAN TUNAI
KADAR MAKSIMUM
BANTUAN TUNAI
Daripada RM100 sebulan (2024)
kepada RM150 sebulan (2025)
Daripada RM350 sebulan (2024)
kepada RM500 sebulan (2025)
SeorangSekeluarga

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RM150 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai RM150 ini :

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TERBARU RM150

Untuk mengetahui kelayakan, semakan boleh dilakukan pada pautan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Seterusnya, klik butang [Semak] di bawah.
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=cWZzb0pFRys1M0RoMktqUW5va0NVZz09.

Leave a Comment