BANTUAN WARGA EMAS (BWE) JKM – SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Warga Emas (BWE) sebagai salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk menjaga kebajikan individu berumur 60 tahun ke atas. Bantuan bulanan sehingga RM600 disediakan bagi mereka yang berkelayakan.

Artikel ini menyediakan maklumat terkini termasuk :
- Siapa yang layak memohon
- Jumlah bantuan bulanan terkini
- Cara memohon (manual & dalam talian)
- Dokumen yang diperlukan
- Cara menyemak status bantuan
Apa Itu Bantuan Warga Emas (BWE) JKM?
Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan kewangan bulanan daripada JKM kepada warga emas yang memenuhi syarat. Bantuan ini bertujuan untuk menyokong golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau bergantung kepada keluarga.

Jumlah Bantuan Warga Emas JKM
Kerajaan telah meningkatkan jumlah Bantuan Warga Emas kepada RM600 sebulan seorang mulai tahun 2025.
Jumlah ini lebih tinggi berbanding RM500 pada tahun sebelumnya. Penerima yang lulus permohonan akan menerima bantuan bulanan melalui akaun bank atau tunai, berdasarkan situasi masing-masing.
Baca Juga : Bantuan SARA 2026 (Sumbangan Asas Rahmah)
Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM600
Syarat kelayakan rasmi yang ditetapkan oleh JKM adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar.
- Tidak tinggal di institusi jagaan kerajaan atau swasta yang menerima pembiayaan penuh.
- Tidak mempunyai waris atau tidak disara oleh anak/penjaga, walaupun tinggal bersama.
Nota : Umur dikira berdasarkan tahun kelahiran, bukan tarikh lahir penuh.
Cara Permohonan Bantuan Warga Emas
Terdapat dua cara utama untuk memohon :
Permohonan Manual (Di Pejabat)
- Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
- Isi Borang JKM 18.
- Sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Pegawai akan membuat lawatan/siasatan sebelum bantuan diluluskan.

Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter:
Permohonan Dalam Talian (Online)
Anda juga boleh memohon secara dalam talian melalui :
- Laman Web JKM di : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
- Daftar akaun dan isi maklumat permohonan.
- Hadir ke pejabat JKM dalam masa 14 hari untuk pengesahan dokumen.
Dokumen yang Diperlukan
Sediakan salinan dan dokumen asal :
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga serumah
- Bukti pendapatan (slip gaji/penyata bank/surat pengesahan)
- Salinan bil utiliti (elektrik/air/telefon)
- Salinan buku akaun bank pemohon
- Dokumen sokongan lain (jika berkaitan: surat cerai, sijil kematian pasangan, surat doktor, dll.)
Semakan Status Permohonan
- Layari : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Masukkan nombor MyKad
- Semak status : “Diluluskan”, “Dalam Proses”, atau “Tidak Diluluskan”

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Warga Emas
Jumlah bantuan yang diberikan di bawah Bantuan Warga Emas 2025 ialah RM600 sebulan.
Boleh, asalkan anak/penjaga tidak mampu menanggung dan pendapatan keluarga di bawah PGK.
Dalam masa 1-3 bulan selepas permohonan diluluskan.
Tiada. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Maklumat & Info Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan tentang Bantuan Warga Emas (BWE), sila layari atau hubungi :
- Talian Hotline JKM : 03-8000 8000
- Laman Web Rasmi : https://www.jkm.gov.my/main/home
- Atau pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan
Jangan berlengah, mohon segera! Bantuan ini dapat meringankan beban hidup anda.