BERITA BANTUAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024 : SEMAK BAYARAN SEKARANG

BERITA BANTUAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024 : SEMAK BAYARAN SEKARANG

Makluman terkini berkaitan pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa Empat (4) yang bakal dilaksanakan pada bulan November ini disasarkan khas kepada penerima baharu dan sedia ada seramai hampir 8.7 juta rakyat dewasa yang layak.

Bagaimanakah semak bayaran bantuan tunai rahmah terbaru fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : LHDN BANTUAN RAHMAH FASA 4 : SEMAK SEKARANG

BERITA BANTUAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024

Berita gembira yang dinantikan oleh hampir 8.7 juta rakyat Malaysia iaitu pembayaran Bantuan Tunai Rahmah yang terbaru fasa keempat (4) telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Berdasarkan pemakluman tersebut, Bantuan Tunai Rahmah fasa keempat (4) akan dibayar kepada penerima bermula pada 7 November 2024 (Khamis) ini dan peringkat mengikut kelayakan setiap penerima melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.

SENARAI KATEGORI PENERIMA YANG LAYAK BANTUAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024

Hanya kategori penerima yang disenaraikan di bawah yang layak menerima Bantuan Tunai Rahmah yang terbaru fasa keempat (4) :

  • Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 sebulan : Seramai 3.0 juta.
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 : Seramai 1.0 juta.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda berumur 21 hingga 59 tahun : Seramai 3.3 juta.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda berumur 60 tahun ke atas : Seramai 1.3 juta.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024

Bantuan Tunai Rahmah akan dibayar kepada penerima melalui cara berikut :

  • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional sekiranya :
    • Penerima tiada maklumat perbankan; atau
    • Status bayaran ‘Gagal Kredit’.

SEMAK BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024

Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah fasa empat (4) dengan jumlah dan pada tarikh yang berbeza mengikut kelayakan. Untuk mengetahui status bayaran, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 830230115678.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran fasa empat (4) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment