BERITA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL STR FASA 4 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BERITA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL STR FASA 4 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Terkini, Perdana Menteri telah mengumumkan berita berkaitan bayaran Bantuan Tunai Hasil atau rasminya STR bagi fasa keempat (4) yang akan melibatkan peruntukan sebanyak 1.7 billion ringgit (RM) untuk dibayar kepada semua penerima sedia ada dan baharu.

Bagaimanakah semak status bayaran bantuan tunai hasil str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 TERKINI FASA 4 : CHECK STATUS PENERIMA

BERITA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL STR FASA 4 2024

Berita terbaru berkaitan bayaran Bantuan Tunai Hasil (STR) Fasa keempat (4) ini telah disampaikan semasa Persidangan Dewan Rakyat dan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) juga telah membuat jadual bayaran yang akan bermula pada 07 November 2024 (Khamis) ini.

Kesemua penerima sedia ada, baharu dan rayuan termasuk penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak juga akan mula menerima Bantuan Tunai Hasil (STR) pada 07 November 2024 secara berperingkat dengan jumlah yang ditetapkan setiap penerima.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL STR FASA 4 2024

Berdasarkan rekod data, jumlah penerima Bantuan Tunai Hasil (STR) bagi tahun 2024 akan bertambah untuk setiap fasa, oleh kerana permohonan baharu dan rayuan sentiasa dibuka dan akan diluluskan sekiranya pemohon tersebut memenuhi syarat kelayakan.

Jumlah penerima Bantuan Tunai Hasil (STR) bagi fasa keempat (4) adalah dianggarkan seramai hampir 8.7 juta penerima merangkumi kategori isi rumah berpendapatan rendah dan serdehana, warga emas dan juga bujang.

KADAR AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL STR FASA 4 2024

Bantuan Tunai Hasil (STR) akan dibayar kepada penerima sedia ada secara ansur berperingkat mengikut kadar amaun yang ditetapkan bagi setiap kelayakan dan bagi fasa keempat (4), kadar amaun yang akan dibayar adalah daripada baki lebihan seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada anak : RM200;
    • 1 – 2 anak : RM350;
    • 3 – 4 anak : RM500;
    • 5 ke atas : RM700.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM150;
    • 1 – 2 anak : RM200;
    • 3 – 4 anak : RM250;
    • 5 ke atas : RM350.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150.
  • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
    • RM100.

SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL STR FASA 4 2024

Untuk mengetahui status bayaran Bantuan Tunai Hasil (STR) Fasa empat (4) yang akan diterima, ikuti cara semakan di bawah :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR LHDNM di atas.
  2. Halaman utama STR akan dipaparkan.
  3. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan mengikut format tanpa sengkang (-).
  4. Klik pada butang [Log Masuk].
  5. Pada halaman seterusnya, klik butang [Semak].
  6. Frasa Keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
  7. Klik [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
  8. Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status bayaran penerima fasa 4 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment