BERITA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 BANTUAN STR)

BERITA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 BANTUAN STR)

Sumbangan Tunai Rahmah telahpun selesai dibayar kepada penerima bagi fasa pertama, kedua dan ketiga pada tahun ini dan kini bayaran bagi fasa yang keempat pula bakal dilaksanakan kepada penerima sedia ada dan baharu dijangka melebihi 8.5 juta penerima.

Bagaimanakah semakan sumbangan tunai rahmah fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN BARANG DAPUR B40 : SEMAK STATUS SEKARANG

BERITA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Berita terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah atau ringkasnya adalah Bantuan STR yang merupakan bantuan tunai oleh kerajaan untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan serdehana merangkumi 60% golongan dewasa terdiri daripada isi rumah, warga emas dan juga bujang.

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah diberikan secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa keseluruhan yang mana fasa pertama, kedua dan ketiga telahpun selesai dibayar kepada penerima dan kini adalah fasa keempat.

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa empat (4) :

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM200.
1 – 2 anak : RM350.
3 – 4 anak : RM500.
5 ke atas : RM700.
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM150.
1 – 2 anak : RM200.
3 – 4 anak : RM250.
5 ke atas : RM350.
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM150
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
RM100
*Nota : Jumlah di atas adalah untuk penerima sedia ada dan bagi penerima baharu perlu membuat semakan.

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Berdasarkan jadual yang telah dibuat, tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa empat (4) adalah pada :

PERKARATARIKH
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah
Fasa 4
** November 2024
*Nota : Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa empat (4) bakal dikemaskini apabila telah diumumkan secara rasmi.

KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2024

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa keempat juga sama seperti bayaran fasa pertama, kedua dan ketiga, iaitu :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Ada akaun bank aktifDikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / pasangan.
Tiada akaun bank /
Status gagal kredit
Diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Ikuti cara semakan Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah; atau klik di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima fasa 4 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment