BILA MASUK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024 : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG

BILA MASUK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024 : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG

Tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang terbaru fasa empat (4) telah diumumkan, namun masih ramai penerima yang tertanya-tanya bilakah bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing atau bilakah penerima boleh mengambil secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.

Bagaimanakah semak tarikh rasmi bila masuk bantuan sumbangan tunai rahmah terbaru fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE PESERTA PLKN 3.0 : CHECK NAMA SEKARANG

BILA MASUK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang terbaru fasa empat (4) akan mula dimasukkan ke dalam akaun bank penerima bermula pada 7 November 2024 (Khamis) kepada penerima sedia ada dan berlansung sehingga beberapa hari mengikut kelayakan penerima.

TARIKH RASMI BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
FASA 4 2024
Bermula 7 November 2024 (Khamis)
*Untuk mengetahui tarikh yang bakal diterima, setiap penerima boleh membuat semakan status bayaran semasa di Portal Rasmi STR (rujuk di bawah).

MASA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024 DIMASUKKAN

Bermula pada tarikh 7 November 2024 (Khamis), Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah fasa empat (4) akan dimasukkan mengikut bank penerima seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

SEMAKAN TARIKH RASMI BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024

Ikuti cara semakan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang terbaru fasa empat (4) seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad] tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran fasa empat (4) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU FASA 4 2024 MASUK

Penerima sedia ada akan menerima jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang terbaru fasa empat (4) seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN
STR FASA 4 MASUK
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM200.
1-2 anak : RM350.
3-4 anak : RM500.
5 ke atas : RM650.
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM150.
1-2 anak : RM200.
3-4 anak : RM250.
5 ke atas : RM300.
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
STR FASA 4 MASUK
Bujang umur 60 tahun ke atas
(warga emas)
RM150.
Bujang umur 21 hingga 59 tahunRM100.
*Bagi penerima baharu pula perlu membuat semakan status bayaran di Portal Rasmi STR.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment