BILA MASUK SARA ONE OFF RM300 2024 : TARIKH RASMI TELAH DIUMUMKAN
Tentunya ramai dikalangan penerima yang tertanya-tanya bilakah bayaran Bantuan Sara secara one-off akan rasmi dimasukkan ke dalam akaun bank dan pihak kerajaan telahpun mengumumkan tarikh rasmi bayaran Sara one-off kepada 8 juta penerima.
Bagaimanakah semak tarikh bila masuk sara one off rm300? Ikuti panduan dan info lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 : CHECK STATUS
BILA MASUK SARA ONE OFF RM300 2024
Bantuan Sara akan dimasukkan secara one-off bermula pada 9 Disember 2024, Isnin ini secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional dan berperingkat dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut akaun yang didaftarkan.
JADUAL MASA SARA ONE OFF RM300 2024 AKAN DIMASUKKAN
Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima adalah secara berperingkat mengikut masa berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Namun, ianya akan mengambil masa selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja daripada 9 Disember 2024, Isnin.
JUMLAH SARA ONE OFF 2024 DIMASUKKAN
Bukan semua 8 juta penerima akan menerima bayaran Bantuan Sara secara one-off berjumlah RM300. Namun, ianya akan dimasukkan mengikut kelayakan setiap kategori yang telah ditetapkan seperti berikut :
- 3.5 juta Isi Rumah akan menerima RM300.
- 4.5 juta Bujang akan menerima RM150.
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui status bayaran Sara bila masuk, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.