BILA TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BILA TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan SYUKUR Sabah 2025 atau Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas dan membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR)

Baca Juga : BANTUAN BUDI SABAH 2025 (CARA PERMOHONAN,SYARAT KELAYAKAN)

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH 2025?

SYUKUR Sabah atau Sentuhan Kasih Rakyat iaitu pemberian bantuan tunai khas RM300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu (1) tahun melalui sistem eKasih dan PADANS. Bantuan ini disasarkan kepada 100,000 penerima layak, bermula Januari hingga Disember 2025.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR 2025

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan SYUKUR Sabah ini :

  • Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang kad pengenalan (Status H)
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
  • Ketua Isi Rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dallam data eKasih setakat 31 Disember 2024

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Bayaran SYUKUR Sabah 2025 akan diagihkan secara berperingkat bermula 19 Februari 2025. Berikut adalah jadual lengkap fasa pembayaran bantuan sepanjang tahun ini :

FasaPengagihan
Fasa 1 (Januari-Mac 2025)Diagihkan bermula Februari 2025
Fasa 2 (April-Jun 2025)Diagihkan bermula April 2025
Fasa 3 (Julai-September 2025)Diagihkan bermula September 2025
Fasa 4 (Oktober-Disember 2025)Diagihkan bermula Oktober 2025

KAEDAH PEMBAYARAN SYUKUR SABAH

Bantuan akan disalurkan melalui kaedah berikut :

  • Disalurkan terus ke akaun bank penerima
  • Pembayaran secara tunai
  • Dikreditkan dalam e-Wallet YONO

CARA SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025

Semakan boleh dilakukan melalui :

  • Portal Rasmi Syukur Sabah
    • Layari portal rasmi https://syukur.sabah.gov.my/
    • Klik pada butang “Semak” di Semakan Permohonan.
    • Masukkan No. Kad Pengenalan diri dan klik “Semak”.
    • Paparan layar anda akan menunjukkan sama ada Status “Layak” atau “Tidak Layak”.
CARA SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem PADANS Sabah dan YONO Superapp, iaitu merupakan aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah untuk memudahkan urusan kewangan.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment