(BKK) Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026 – Panduan Permohonan & Kriteria Kelayakan
(BKK) Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026 atau juga dikenali sebagai BKK JKM adalah salah satu bantuan yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berikut dikongsikan mengenai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM termasuklah kriteria kelayakan, jumlah bantuan dan panduan permohonan, bagi membantu keluarga yang memerlukan bantuan kewangan untuk anak-anak.
(BKK) Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026
BKK JKM 2026 adalah satu usaha sama kerajaan Malaysia bagi mengurangkan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyara keperluan anak-anak. Bantuan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga yang menjaga anak-anak di bawah umur 18 tahun. Melalui BKK, keluarga yang memerlukan boleh memastikan anak-anak mereka menerima perhatian, penjagaan, dan pendidikan yang sewajarnya tanpa masalah kewangan.
Baca Juga : Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 1
Kadar (BKK) Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026
Pada 2026, jumlah bantuan yang diberi bergantung pada umur kanak-kanak yang dijaga. Berikut ialah jumlah bantuan yang ditawarkan oleh JKM :
| Umur Kanak-Kanak | Jumlah Bantuan (RM) |
|---|---|
| 0 hingga 6 tahun | RM250 / orang |
| 7 hingga bawah 18 tahun | RM200 / orang |
| Had Maksimum Seisi Keluarga | RM1,000 / bulan |
Bantuan ini dibayar setiap bulan dan dihadkan kepada RM1,000 sebulan untuk setiap keluarga, walaupun bilangan anak melebihi had tersebut.
Kriteria Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM 2026
Untuk memohon Bantuan Kanak-Kanak JKM, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara kriteria utama untuk kelayakan adalah seperti berikut :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
- Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
- Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK;
- Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK; ATAU
- Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).
Panduan Permohonan Bantuan Kanak-Kanak 2026
Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal eBantuan JKM atau secara fizikal di pejabat JKM. Berikut ialah langkah-langkah untuk memohon :
Permohonan Dalam Talian (Online)
- Layari portal rasmi eBantuan JKM di : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
- Daftar akaun pengguna atau log masuk jika sudah ada akaun.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan seperti MyKad pemohon, sijil kelahiran anak, dan bukti pendapatan.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan untuk tujuan semakan status.
Permohonan Manual (Pejabat JKM)
- Pergi ke pejabat JKM di daerah tempat tinggal anda.
- Dapatkan borang permohonan di kaunter dan isi dengan lengkap.
- Serahkan dokumen yang diperlukan kepada pegawai JKM.
- Pegawai JKM akan memberi nombor rujukan dan maklumat lanjut tentang proses penilaian.
Dokumen Yang Diperlukan
Beberapa dokumen penting perlu disediakan semasa membuat permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026, antaranya :
- MyKad pemohon dan MyKid/MyKad anak.
- Sijil Kelahiran anak.
- Slip Gaji atau Surat Pengesahan Pendapatan.
- Bukti Alamat seperti bil utiliti.
- Dokumen Pengesahan Jagaan (jika penjaga bukan ibu bapa kandung).
- Dokumen Lain seperti sijil kematian ibu bapa atau dokumen mahkamah (jika berkaitan).
Proses Penilaian dan Semakan Status
Selepas permohonan dihantar, JKM akan menjalankan proses penilaian untuk memastikan kelayakan permohonan. Jika semua dokumen lengkap, permohonan akan diproses dalam masa beberapa minggu. Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui portal eBantuan JKM atau di pejabat JKM dengan menggunakan nombor rujukan yang diberi semasa permohonan.
Kesimpulan
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM 2026 adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan dalam memastikan anak-anak mereka mendapat keperluan yang sepatutnya. Dengan jumlah bantuan yang ditawarkan, BKK membantu meringankan beban kewangan dalam menyediakan keperluan asas untuk kanak-kanak.
Jika anda memenuhi kriteria kelayakan, hantar permohonan secara dalam talian atau fizikal untuk mendapatkan bantuan ini. Jangan terlepas peluang untuk dapatkan Bantuan Kanak-Kanak JKM 2026!
Maklumat & Info Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan tentang Bantuan Warga Emas (BWE), sila layari atau hubungi :
- Talian Hotline JKM : 03-8000 8000
- Laman web : https://www.jkm.gov.my
- Emel : [email protected]
- Atau pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan