BONUS RAYA PENJAWAT AWAM 2025 : SEMAK TARIKH BAYARAN

BONUS RAYA PENJAWAT AWAM 2025 : SEMAK TARIKH BAYARAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar mulai minggu depan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan, pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada.

BACA JUGA DI SINI : CARA MOHON PENGELUARAN KWSP 2025 : PERMOHONAN PENGELUARAN SECARA ONLINE

JUMLAH BONUS RAYA PENJAWAT AWAM 2025

Pada tahun-tahun sebelum ini, kerajaan telah memperuntukkan bantuan khas kepada penjawat awam dengan kadar yang berbeza-beza bergantung kepada keadaan ekonomi negara.

Bayaran biasanya dibuat beberapa minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi membantu persiapan perayaan.

Berikut adalah anggaran jumlah bayaran berdasarkan tahun-tahun sebelumnya:

  • Penjawat awam: RM500 hingga RM1,000
  • Pesara kerajaan: RM250 hingga RM500
  • Bantuan khas kepada golongan tertentu

Tarikh pembayaran juga bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan.

Biasanya, bayaran akan dibuat antara satu hingga dua minggu sebelum Hari Raya bagi memastikan penerima dapat menggunakannya bagi keperluan perayaan.

TARIKH BAYARAN DUIT RAYA PENJAWAT AWAM 2025

Berikut adalah jadual pembayaran bonus raya penjawat awam berdasarkan rekod beberapa tahun terakhir:

  • 2025 Seminggu sebelum Aidilfitri
  • 2024 Awal April
  • 2023 Akhir Mac
  • 2022 Awal April

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BONUS PENJAWAT AWAM 2025

Bagi memastikan penerima layak mendapat bonus ini, kerajaan biasanya menetapkan beberapa syarat kelayakan, antaranya:

  1. Merupakan penjawat awam tetap atau kontrak yang masih berkhidmat pada tarikh pembayaran
  2. Pesara kerajaan yang menerima pencen
  3. Telah berkhidmat dalam tempoh minimum yang ditetapkan
  4. Tidak dalam tindakan tatatertib yang berat
  5. Maklumat rasmi mengenai kelayakan akan diumumkan oleh kerajaan dalam pekeliling rasmi sebelum bayaran dibuat.

BONUS RAYA 2025 PENJAWAT AWAM PAHANG

Bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang.

Keputusan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) dan pembayaran akan dibuat seminggu sebelum Aidilfitri. Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan beban penjawat awam dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri.

Inisiatif ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8 juta.

BONUS RAYA 2025 PENJAWAT AWAM PERAK

Penjawat awam di Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,500 yang akan dibayar pada 24 Mac. Inisiatif ini melibatkan lebih 13,000 penerima, termasuk ketua kampung, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, serta pekerja sambilan harian

SUMBER RUJUKAN

Leave a Comment