BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : DOWNLOAD SEKARANG

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : DOWNLOAD SEKARANG

Kementerian Pendidikan (KPM) percaya dengan pemberian bantuan awal persekolahan yang disalurkan secara tunai dapat meringankan bebanan ibubapa atau penjaga yang mempunyai ramai tanggungan yang masih bersekolah serta dapat menampung kos perbelanjaan peralatan persekolahan.

Bagaimanakah download borang bantuan awal persekolahan 2024? Ikuti panduan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 UNTUK PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS : SEMAK SEKARANG

JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Bantuan Awal Persekolahan akan disalurkan kepada seramai 5,254,200 penerima yang layak dengan jumlah seperti berikut :

JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAH 2024
RM150 setiap seorang murid

KAEDAH AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Terdapat dua (2) kaedah agihan Bantuan Awal Persekolah bagi tahun 2024 seperti berikut :

KAEDAH AGIHAN 1KAEDAH AGIHAN 2
Diagihkan secara tunai
di sekolah masing-masing
Dikreditkan ke dalam akaun
penerima
*Kaedah agihan adalah tertakluk kepada sekolah masing-masing.

TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Berikut merupakan tarikh agihan Bantuan Awal Persekolah bagi tahun 2024 :

TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAH
Bermula Januari 2024
*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada sekolah masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN

Pemberian Bantuan Awal Persekolah adalah berdasarkan syarat kelayakan seperti berikut :

  • Murid warganegara Malaysia;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
  • Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK).
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
    • Sekolah Agama.
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
    • Sekolah Integriti.
    • Sekolah Henry Gurney.

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid). Namun, terdapat sekolah yang memerlukan borang seperti berikut :

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak sekolah masing-masing.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.moe.gov.my/.

Leave a Comment