BORANG BANTUAN JKM 2025 (CARA MOHON DAN SEMAK STATUS BANTUAN JKM)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memainkan peranan penting dalam membantu golongan yang memerlukan, termasuk keluarga miskin, warga emas, ibu tunggal, dan Orang Kurang Upaya (OKU). Dalam artikel ini menyediakan panduan lengkap termasuk syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah untuk memohon bantuan JKM.
Baca Juga : STATUS MyKASIH 2025 (SEMAK BANTUAN RM1200,RM900 DAN RM600)
APA ITU JKM?
BORANG BANTUAN JKM 2025 (CARA MOHON DAN SEMAK STATUS BANTUAN JKM)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Malaysia. JKM bertanggungjawab menyediakan bantuan kebajikan dan perkhidmatan sokongan sosial kepada golongan yang memerlukan, seperti keluarga miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, dan individu yang menghadapi masalah kehidupan.
Peranan Utama JKM
- Pemberian Bantuan Kewangan :
- Menyediakan bantuan bulanan kepada golongan yang layak seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Orang Tua (BOT), dan Elaun Pekerja OKU (EPOKU).
- Perkhidmatan Kebajikan :
- Menyediakan perlindungan di institusi seperti rumah kebajikan untuk warga emas, kanak-kanak, OKU, dan mangsa penderaan.
- Pemulihan dan Sokongan :
- Memberi bimbingan dan latihan kepada individu yang menghadapi kesukaran, seperti pemulihan dadah atau pemerkasaan OKU.
- Penguatkuasaan Undang-Undang :
- Melaksanakan Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Orang Kurang Upaya 2008, dan akta lain berkaitan perlindungan sosial.
JENIS BANTUAN JKM
Terdapat pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM antaranya :
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Bantuan untuk keluarga atau penjaga yang menjaga kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
- Amaun: RM150-RM1,000 sebulan.
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Untuk warga emas yang tiada pendapatan atau tiada sokongan keluarga.
- Amaun: RM500 sebulan.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Untuk OKU yang tidak boleh bekerja dan berusia 16 tahun ke atas.
- Amaun: RM350 sebulan.
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Untuk OKU yang bekerja bagi membantu menampung kos kehidupan.
- Amaun: RM450 sebulan.
- Bantuan Ibu Tunggal (BIT)
- Untuk ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah jagaan dan menghadapi masalah kewangan.
- Amaun: Sehingga RM300 sebulan.
- Bantuan Am Persekutuan
- Untuk individu atau keluarga yang mengalami kesulitan kewangan sementara.
- Amaun: Sehingga RM350 sebulan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN JKM 2024
Berikut adalah syarat asas kelayakan untuk memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
- Kewarganegaraan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Tempat Tinggal
- Tinggal di Malaysia secara tetap.
- Keadaan Kewangan
- Berpendapatan rendah atau tergolong dalam golongan miskin atau B40.
- Tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau pekerjaan tetap.
- Golongan Sasaran
- Warga emas, OKU, ibu tunggal, kanak-kanak, atau individu/keluarga yang menghadapi kesulitan kewangan.
- Dokumen Sokongan
- Perlu mengemukakan dokumen lengkap seperti Kad pengenalan, Sijil kelahiran anak (jika berkaitan).Surat pengesahan pendapatan (jika tidak bekerja).
CARA MOHON BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
Pilih bantuan yang sesuai dengan keperluan anda. Berikut antara jenis bantuan yang popular :
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Bantuan Ibu Tunggal (BIT)
- Bantuan Am Persekutuan (BAP)
Untuk maklumat penuh jenis bantuan, anda boleh rujuk di Laman Bantuan JKM.
Dokumen Sokongan yang Diperlukan
Sediakan dokumen berikut (bergantung pada jenis bantuan) :
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad/MyKid (pemohon dan tanggungan).
- Sijil Lahir Anak (jika berkaitan).
- Penyata Pendapatan (slip gaji atau surat pengesahan pendapatan dari ketua kampung/penghulu).
- Laporan Perubatan (bagi OKU atau pesakit).
- Kad Pendaftaran OKU (jika pemohon adalah Orang Kurang Upaya).
- Bukti tempat tinggal (contoh: bil elektrik atau air).
- Dokumen sokongan lain (jika perlu, seperti surat perceraian bagi ibu tunggal).
Cara Memohon Bantuan Secara Manual di Pejabat JKM
- Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) terdekat.
- Bawa dokumen lengkap yang diperlukan.
- Ambil borang permohonan di kaunter atau muat turun borang di laman JKM.
- Isi borang dengan lengkap.
- Serahkan borang beserta dokumen sokongan di kaunter.
- Pegawai JKM akan membuat lawatan ke rumah untuk pengesahan.
Secara Dalam Talian
- Layari portal eBantuan JKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Masuk ke portal eBantuan JKM.
- Daftar akaun baharu : Klik pada “Daftar Pengguna” dan isi maklumat yang diminta.
- Log masuk ke akaun : Gunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi borang permohonan : Pilih jenis bantuan yang ingin dipohon dan isi borang secara dalam talian.
- Muat naik dokumen sokongan : Pastikan semua dokumen diimbas dan dimuat naik dalam format PDF atau gambar.
- Hantar permohonan : Klik “Hantar” dan simpan salinan bukti permohonan.
Permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibuka sepanjang tahun tanpa tarikh tutup tertentu. Anda boleh memohon bila-bila masa mengikut keperluan.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN
Berikut adalah langkah untuk menyemak status permohonan bantuan JKM :
- Semakan Secara Online :
- Layari portal rasmi eBantuan JKM.
- Klik pada bahagian “Semakan Status Permohonan”.
- Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
- Tekan butang “Cari” atau “Semak” untuk melihat status permohonan.
- Semakan di Pejabat JKM
- Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) terdekat.
- Bawa dokumen sokongan seperti Kad pengenalan.Salinan resit permohonan (jika ada).
- Maklumkan kepada pegawai JKM untuk menyemak status permohonan anda.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan (JKM), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti dibawah :
- Talian Bantuan : 03 8000 8000
- E-mel : [email protected]
Mohon bantuan bulanan dari pihak JKM,,tolong lah,
Exservice tidak pencen boleh buat mohon bantuan warga emas tak?
Saya seorang pesara tak dapat terima bulanan pencen walaupun separuh, saya bersara awal atas masalah kesihatan sakit jatung, sudah satu tahun tidak ada kerja, doctor bagi tahu tidak boleh angkat berat, saya umur sekarang 51, tinggal di rumah kawan saya diabaikan oleh keluarga sendiri,saya Masih bujang,tak ada kerja atas faktor masalah kesihatan sakit jatung, sekarang makan ubat hari hari