BORANG PERMOHONAN EKASIH TERBARU 2024 : MOHON SEKARANG
Penubuhan e-Kasih adalah untuk menangani masalah kewangan rakyat serta membasmi kemiskinan. Setiap unit atau agensi yang ingin menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat akan merujuk data daripada e-Kasih kerana di dalam sistem e-Kasih terdapat data rakyat yang telah disahkan berstatus miskin dan layak menerima sebarang bantuan kewangan.
Bagaimanakah borang permohonan ekasih terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN RM100 MYKAD : SEMAK NAMA PENERIMA
PENGENALAN EKASIH 2024
eKASIH adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.
SYARAT PERMOHONAN EKASIH TERBARU 2024
Setiap permohonan pendaftaran yang diterima hendaklah memenuhi kriteria berikut sebelum dibuat pengesahan melalui Mesyuarat Focus Group Daerah/ Negeri (FGD/ FGN), sebelum bancian di lapangan.
- Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa (bawah RM1,500 sebulan); dan
- Bukan berada di perkampungan orang asli atau pendalaman estet / ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri; serta
- Butiran maklumat pemohon yang lengkap.
STATUS PROSES PERMOHONAN EKASIH TERBARU 2024
Terdapat empat (4) jenis status proses permohonan e-Kasih iaitu :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci;
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
BORANG PERMOHONAN EKASIH TERBARU 2024
Ikuti cara permohonan e-Kasih seperti berikut :
- Sila muat turun borang e-Kasih di atas.
- [Cetak] keluar borang tersebut dan isi secara manual.
- Lengkapkan borang dengan maklumat yang betul dan tepat.
- Pemohon perlu membuat pengesahkan.
- Kemudian, pemohon perlu kepilkan bersama salinan dokumen sokongan seperti :
- Kad Pengenalan pemohon (Ketua Isi Rumah);
- Kad Pengenalan Ahli isi rumah;
- Slip pendapatan ketua isi rumah dan ahli isi rumah; serta
- Pengesahan pendapatan; dan
- Bil air dan elektrik.
- Pemohon perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut :
- Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
- Pejabat Daerah yang berhampiran.
- Selesai.
TALIAN PENDAFTARAN EKASIH 2024
Berikut merupakan talian pendaftaran e-Kasih di setiap negeri :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
Jari telunjuk cacat dan bahu patah serta muflis dan tiada pekerjaan