CARA DAFTAR BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024 : MOHON SEKARANG
Program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih Foundation telah ditambahbaik oleh Kerajaan dengan menambah bilangan bantuan serta bilangan penerima telah dinaikkan kadar dengan tujuan untuk mengangkat darjat rakyat, terutamanya untuk golongan miskin dan miskin tegar di Malaysia.
Bagaimanakah cara daftar bantuan my kasih rm100 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG
PENGENALAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024
MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin. Kerajaan menyalurkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKasih Foundation.
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024
Untuk pendaftaran, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA DAFTAR BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan RM100 sebulan di bawah MyKasih ini, anda hendaklah membuat pendaftaran melalui eKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
DAFTAR DI TALIAN
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (mengikut negeri masing-masing) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
bantuan sara ekasih
On
Tolong bantuan saya Sarasbaty A/
Macam mana nak minta bantuan sumbangan Rahmah sebulan 100 (e kasih)
memohon bantuan sara
Memohon bantuan sara
Macam mana nak daftar….please
Memohon bantuan sara
rata2 yg dapat ekasih ni bukan golongan miskin tegar pun.
yg berduit,yg bekerja,sihat walafiat..gelang kiri kanan tgn.
so pemilihan tu x adil rasenyer..
kesian tgk yg warga tua..yg oku x dpt pun.
ni dari pemerhatian sy…bile customer datang bayar di pasaraya.
kalau bole pihak berkenaan pilihlah org yg betul2 layak..
Rasa nya bantuan ni khas utk ahli kroni je kot . Yang kaya kaya jew dan ada org dalam boleh dapat mcm kota ni harap maaf permohonan ada di tolak .
mohon bantuan sara e kasih..
Nak mohon my kasih
keperluaan harian
Kenapa saya tak boleh mykasih
My kasih nak daftar mcm mana ini
Saya dah mohon belum ada jawapan
Saya mohon sumbangan mykasih
Saya betul betul memerlukan nya
betul2 sy yg ibu tunggal pun x DPT..sy LG miskin tegar…Ngan keje x de x DPT pun…kdg2 ckp jua dlm hati knp org sng2 DPT sdgkan sy ibu tunggal x DPT…pelik jua..
Nk mohon my kasih
Nak Mohon my kasih
Saya ingin mohon sumbangan my kasih 2024 untuk meringankan pembelajaan bagi barang dapur untuk keperluan saya sekerluarga
Baik
Dlm data e-Kasih ad rekod tpi dlm data mykasih xde rekod…sy suri rumah pendapatan suami rm1500 gaji bersih rm350 hngge 250 je potong advn potong syok duit majikan potong lewat masuk keje kne potong kadg tu DPT gaji mnngs keluar pagi balik malam kje ptg blik TGH MLM BLM LGI tekanan tmpt kje dgn kos kehidupan yang tinggi melambung…mntk bntuan SNE sini punye ssh..klo DPT bntuan pun cukup skli je DPT lpstu terkiar2 Mncr…mnghrpkn str je tu pun on off klo DPT bakul mknan allamdulilah sgt2….MMG amat memerlukn
Mohon lulus dengan segera ok!
Sy memerlukan bantuan e-kasih. Mcm mn hendak memohonnya. Sy tak bekerja.
Saya seorang asnaf menerima bantuan dari majlis ugama Islam bahagian Zakat Taiping Perak sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang Maseh belajar.Saya juga pengidap sakit. Cancer hati,sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi, saya mohon agar dapat sokongan dan pertimbangan dari pihak Tuan,terima kasih.
Mohon lulus segera