CARA DAFTAR BANTUAN RM100 DALAM IC 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG
Sejak Jun 2023 telah diperkenalkan bantuan yang disalurkan ke dalam IC penerima dan Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan ini kepada lebih ramai penerima dan kadar juga akan dinaikkan. Berbanding tahun sebelum ini hanya 6 bulan sahaja pemberian, namun bagi tahun ini akan diberikan sepanjang 12 bulan.
Bagaimanakah cara daftar bantuan rm100 dalam ic? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 : CHECK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN RM100 DALAM IC
Bantuan RM100 dalam ic merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu sumbangan tambahan RM1,200 kepada penerima STR dalam kategori miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya dan kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
APA ITU EKASIH
Ia adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 DALAM IC
Untuk mendaftar, pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
CARA DAFTAR BANTUAN RM100 DALAM IC 2024
Proses pendaftaran dan permohonan baru eKasih 2024 boleh dibuat terus di portal rasmi https://e-kasih.icu.gov.my dan lengkapkan (9) kompenen di bawah :
- Butiran KIR dan AIR.
- Lokasi.
- Kediaman.
- Pendidikan.
- Kemahiran dan pekerjaan.
- Harta.
- Kesihatan.
- Bantuan.
- Pendapatan.
SENARAI TALIAN UNTUK DAFTAR
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (senarai Nombor Pejabat Pembangunan Negeri PPN) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi e-Kasih dan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hubungi talian e-Kasih : 03-8000 8000
- E-mel : [email protected]; atau
- Talian MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx dan https://www.mykasih.com.my/.
Sekarang saya tiada sebarang kerja tetap. Pencen pun tiada. Wang KWSP pun sudah habis untuk buat rumah. Aku berharap sangat semoga permohonan ini diluluskan. Sekian dan terima kasih.
Saya tiada rumah gaji cuma $1500 simpanan kwsp sudah habis gunakan untuk biaya sara hidup
Sy x ada tmpt tggl dn.kerja..Merata dh mnta kj tp x ada yg bg feed back positif..Skrg ddk merata tmpt..Di mna kaki melangkah,di stu la sy berhnti rht..Sy jg seorg perantau dr kg..Blh ke sy memhon bantuan sprti ini??
Sya memerlukan bantuan ini.sya hanya berkerja sendiri.itu pun kalau org kampung memanggil Sya membuat kerja x kira apa pun kerjanya yang boleh Sya buat.upahnya tuan rumah yang bayar..pendapatan Sya 1bln $1050.
Saya memerlukan bantuan in untuk meringankan tanggungan suami saya yang hanya bekerja sendiri mengambil upah pungut kelapa sawit…dh 4tahun berhenti kerja..tiada epf…
Saya memerlu kn bantuan ni untuk meringan kn beban keluarga gaji 1.000 je kerja buruh ladang rumah sewa 180 sebulan
SY TIADA PENDAPATAN DAN BANKRAP AMAT PERLUKAN BANTUAN SARA
Saya tiada sebarang pendapatan..dan penghidap penyakit kronik.. memerlukan bantuan..mahu mendaftar
Saya seorang penghidap penyakit kronik..tiada pendapatan untuk sara hidup..sangat memerlukan bantuan
Saya seorang penghidap penyakit kronik..sangat memerlukan bantuan.. terima kasih.