CARA DAFTAR MYKASIH 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG
Yayasan Mykasih yang diperkenalkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean, pada tahun 2009 yang bertujuan untuk membantu golongan miskin di Malaysia dan kini telah mendapat sokongan dari Kerajaan Malaysia.
Bagaimanakah cara daftar mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS MYKASIH : CHECK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR MYKASIH 2024
Berikut merupakan syarat kelayakan bantuan MyKasih 2024 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KADAR PERUNTUKAN BANTUAN MYKASIH 2024
Bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.
CARA DAFTAR MYKASIH 2024
Sekiranya permohonan STR diluluskan bermula semakan verifikasi fasa kedua / ketiga / keempat, bayaran Mykasih (Bantuan SARA) yang akan diterima adalah bermula bulan fasa STR 2024 berkenaan diluluskan. Ikuti cara permohonan STR seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
- Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
Nota : Tiada pendaftaran MyKasih diperlukan kerana penerima adalah yang telah berdaftar dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).*
TALIAN DAFTAR MYKASIH 2024
Sekiranya anda memenuhi syarat untuk menerima bantuan yang bernilai RM1,200 (berstatus miskin / miskin tegar) anda boleh membuat pendaftaran e-Kasih seperti berikut :
- Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.