CARA MEMOHON BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024 : DAFTAR SEKARANG

Untuk mengekalkan harga barangan dapur terus tetap turun adalah agak mustahil kerana ia tidak dapat dibendung. Oleh itu, kerajaan memperuntukan sebilangan besar bantuan untuk membantu rakyat menampung kos pembelian barang dapur berjumlah sehingga RM450 sebulan.

Bagaimanakah cara memohon bantuan barang dapur rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKAD RM200 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN BARANG DAPUR 2024

Bantuan Barang Dapur disumbangkan di bawah Kerajaan Pusat dan juga di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk membantu menampung kos perbelanjaan barang dapur bagi rakyat yang berpendapatan rendah serta memerlukan.

PROSEDUR PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024

Penerimaan Bantuan Barang Dapur adalah melalui prosedur seperti berikut :

  1. Permohonan dan pendaftaran dihantar;
  2. Diterima dan diluluskan;
  3. Bantuan tunai dikreditkan kepada penerima;
  4. Penerima boleh membuat pembelian barang dapur.

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR DISALURKAN MENGIKUT KAEDAH 2024

Berikut merupakan jumlah Bantuan Barang Dapur yang disalurkan melalui dua (2) kaedah yang terbaru :

  1. Bantuan berjumlah RM300 disalurkan melalui akaun e-Dompet untuk beli barang dapur; dan
  2. Bantuan berjumlah RM250 disalurkan melalui akaun kad pengenalan untuk beli barang dapur.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024

Setiap penyumbang telah menetapkan syarat kelayakan yang berlainan kepada pemohon seperti berikut :

  • Syarat Kelayakan Bantuan Barang Dapur (Kerajaan Pusat) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang; serta
    • Berdaftar di bawah e-Kasih sebagai penerima Miskin.
  • Syarat Kelayakan Bantuan Barang Dapur (Kerajaan Negeri Selangor) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Ketua atau ahli isi rumah;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
    • Mempunyai tanggungang minimum 2 orang berumur 18 tahun ke bawah;
    • Lahir atau menetap di Negeri Selangor melebihi 10 tahun; dan
    • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

CARA MEMOHON BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024

Ikuti cara memohon Bantuan Barang Dapur di dua (2) pautan portal :

  1. Sila klik pada pautan permohonan rasmi di atas.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

*Nota : Pemohon juga perlu membuat pendaftaran e-Kasih (rujuk di sini : https://jawatankosongmalaysia.my/cara-daftar-online-bantuan-ekasih-2024/)

  1. Sila klik pada pautan permohonan rasmi di atas.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [Daftar Sekarang].
  3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
  4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
  9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
  10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
  13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan telah berjaya’.
  17. Selesai.

*Nota : Permohonan haruslah dibuat sebelum tarikh tutup.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline SARA : (603) 7720 1900 & Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim,

Leave a Comment