CARA MEMOHON BANTUAN EKASIH RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG
Pada Tahun 2024 Kerajaan Madani telah menaikkan kadar bantuan kepada rakyat Malaysia dengan lebih banyak berbanding tahun 2023 Oleh itu Kerajaan berharap agar rakyat boleh menyokong dan menurut apa yang dibuat. Bagi yang layak dan telah lulus permohonan, anda boleh meyemak status bantuan di sini.
Bagaimanakah cara memohon bantuan my kasih rm100 sebulan? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS : DAFTAR SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SEBULAN 2024
Untuk memohon, penerima hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SEBULAN 2024
Kerajaan telah memperuntukan bantuan yang disalurkan melalui eKasih yang bernilai RM100 sebulan adalah kepada penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan bertatus Miskin Tegar | 0.2 Juta |
Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan berstatus Miskin | 0.5 Juta |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH RM100 SEBULAN 2024
Pemberian bantuan ekasih yang bernilai RM100 sebulan ini telah mula diagihkan kepada penerima yang layak (Semenanjung Malaysia) bermula 22 Januari 2024 (Isnin) dan seterusnya akan disalurkan pada 1 hari bulan pada setiap bulan bermula Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024.
CARA MEMOHON BANTUAN EKASIH RM100 SEBULAN 2024
Berikut adalah cara memohon bantuan eKasih yang bernilai RM100 sebulan :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
TALIAN MEMOHON BANTUAN EKASIH
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
Chek stutus
Nak chek
bagaimana saya nak mohon ekasih. .sy tidak berkerja suami pula bekerja mesin rumput dan mengambil upah kerja kampung. .saya mempunyai 3 org anak berumur 6tahun,3tahun,2tahun. .saya harap supaya saya layak menerima ekasih dapat meringankan beban suami. terima kasih
macam mana saya ingin mohon e kasih..sya bekerja tukang rumah isteri tidak bekerja,sya ada 2 orang anak yang masih kecil