CARA MEMOHON BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024 : MOHON SEKARANG
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengendalikan pangkala data e-Kasih yang mengandungi data berkaitan isi rumah benar-benar layak untuk menerima program-program bantuan daripada kerajaan.
Bagaimanakah cara memohon bantuan ekasih rm150 setiap bulan untuk pembelian barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN RM450 DALAM MYKAD UNTUK BELI KEPERLUAN DAPUR : MOHON SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024
Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan e-Kasih adalah :
- Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR PENDAPATAN DI BAWAH PGK SEMASA UNTUK MEMOHON BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan kadar pendapatan di bawah garis PGK semasa yang ditetapkan bagi setiap negeri pemohon :
- Johor : RM1,161 (Miskin Tegar) & RM2,627 (Miskin).
- Kedah : RM1,156 (Miskin Tegar) & RM2,271 (Miskin).
- Kelantan : RM1,196 (Miskin Tegar) & RM2,297 (Miskin).
- Melaka : RM1,244 (Miskin Tegar) & RM2,670 (Miskin).
- Negeri Sembilan : RM1,173 (Miskin Tegar) & RM2,402 (Miskin).
- Pahang : RM1,204 (Miskin Tegar) & RM2,480 (Miskin).
- Pulau Pinang : RM1,036 (Miskin Tegar) & RM2,250 (Miskin).
- Perak : RM1,084 (Miskin Tegar) & RM2,297 (Miskin).
- Perlis : RM1,139 (Miskin Tegar) & RM2,140 (Miskin).
- Selangor : RM1,274 (Miskin Tegar) & RM2,830 (Miskin).
- Terengganu : RM1,367 (Miskin Tegar) & RM2,751 (Miskin).
- Sabah : RM1,218 (Miskin Tegar) & RM2,742 (Miskin).
- Sarawak : RM1,298 (Miskin Tegar) & RM2,618 (Miskin).
- W.P Kuala Lumpur : RM1,109 (Miskin Tegar) & RM2,816 (Miskin).
- W.P Labuan : RM1,268 (Miskin Tegar) & RM2,576 (Miskin).
- W.P Putrajaya : RM1,206 (Miskin Tegar) & RM2,450 (Miskin).
TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024
Penerima akan menerima bantuan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN EKASIH 2024
Terdapat sembilan (9) komponen maklumat yang diperlukan, antaranya ialah :
- Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR),
- Lokasi,
- Kediaman,
- Pendidikan,
- Kemahiran dan pekerjaan,
- Harta,
- Kesihatan,
- Bantuan,
- Pendapatan.
CARA MEMOHON BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024
Individu / orang awam boleh memohon atau mendaftar e-Kasih melalui cara berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon; atau
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
TALIAN BANTUAN EKASIH 2024
Berikut merupakan talian PPN e-Kasih bagi setiap negeri :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih.