CARA MEMOHON BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG
Tambahan bantuan yang disalurkan melalui MyKasih yang bernilai RM100 setiap bulan dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan. Bantuan khas ini akan memanfaatkan seramai 700,000 rakyat Malaysia.
Bagaimanakah cara memohon bantuan my kasih rm100 sebulan? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 1 : CHECK SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024
Untuk memohon, penerima hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024
Kerajaan telah memperuntukan bantuan yang disalurkan melalui MyKasih yang bernilai RM100 sebulan adalah kepada penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan bertatus Miskin Tegar | 0.2 juta |
Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan berstatus Miskin | 0.5 juta |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024
Pemberian bantuan Mykasih yang bernilai RM100 sebulan ini telah mula diagihkan kepada penerima yang layak (Semenanjung Malaysia) bermula 22 Januari 2024 (Isnin) dan seterusnya akan disalurkan pada 1 hari bulan pada setiap bulan bermula Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024.
CARA MEMOHON BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024
Menurut daripada Portal Rasmi MyKasih, tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja. Berikut adalah cara pendaftaran dengan eKasih :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
TALIAN PENDAFTARAN / MEMOHON BANTUAN MY KASIH
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran eKasih (mengikut negeri masing-masing) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
Memohon ekasih
Sulaiman bin Sait
Memohon eKasih
Sy ingin memohon bantuan ekasih mcm mn ya nk daftar mohon pencerahan
Sya memohon ekasih
Saya nk mohon my kasih
Kemas kini serta ingin tahu permohonan
Mcm mn nk daftar
Kenapa saya str lulus tp x dapat batuan 100 sebulan..