CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM150 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM150 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Sebulan sekali Kerajaan akan menyalurkan bantuan melalui MyKasih khusus kepada penerima yang telah disahkan mengikut kelayakan yang ditetapkan dan bagi rakyat Malaysia yang memerlukan boleh memohon Bantuan MyKasih yang terbaru.

Bagaimanakah cara memohon bantuan mykasih rm150 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 FASA 3 : SEMAK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN MYKASIH 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan MyKasih bagi tahun ini :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Berkeluarga atau bujang;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM150 SEBULAN 2024

Menurut soalan lazim, permohonan Bantuan MyKasih bukanlah melalui Portal MyKasih namun pemohon perlu memohon di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

*Nota : Setelah itu, pemohon perlu membuat pendaftaran eKasih dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian e-Kasih mengikut negeri.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM150 SEBULAN 2024

Setelah permohonan diluluskan, penerma akan menerima bayaran Bantuan MyKasih seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
1.September 2024RM100 & RM50
2.Oktober 2024RM100 & RM50
3.November 2024RM100 & RM50
4.Disember 2024RM100 & RM50
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa.

KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH SEBULAN 2024

Setiap bulan, Bantuan MyKasih akan dibayar mengikut kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi RumahRM100 sebulan
BujangRM50 sebulan

CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM150 SEBULAN 2024

Setelah pemohon daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan kad pengenalan penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun bantuan akan dibayar ke dalam kad pengenalan tersebut sebanyak RM100 dan RM50 sebulan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment