CARA MEMOHON BANTUAN RM450 DALAM MYKAD UNTUK BELI KEPERLUAN DAPUR 2024 : MOHON SEKARANG
Keperluan dapur boleh dibeli dengan menggunakan MyKad sahaja khusus untuk rakyat dewasa Malaysia yang berkelayakan. Inisiatif ini adalah untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.
Bagaimanakah cara memohon bantuan rm450 dalam mykad untuk beli keperluan dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : TERKINI BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM3600 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
KAEDAH PELAKSAAN BANTUAN RM450 DALAM MYKAD UNTUK BELI KEPERLUAN DAPUR 2024
Pelaksanaan Bantuan Untuk Beli Keperluan Dapur bukan sahaja secara tanpa tunai melalui MyKad penerima. Malah ia juga dilaksana secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet yang mana kedua-duanya boleh digunakan untuk membeli keperluan dapur.
JUMLAH BANTUAN DISALURKAN DALAM MYKAD UNTUK BELI KEPERLUAN DAPUR 2024
Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah antara RM50 (bujang) hingga RM100 (berkeluarga) khusus untuk penerima membuat pembelian keperluan dapur setiap bulan dan bantuan yang disalurkan ke dalam akaun e-Wallet pula adalah sebanyak RM300 sebulan.
TARIKH BANTUAN DISALURKAN DALAM MYKAD UNTUK BELI KEPERLUAN DAPUR 2024
Bermula setiap 1 hari bulan bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima untuk membeli barang keperluan dapur dan bantuan yang disalurkan ke dalam akaun e-Wallet pula adalah bermula pada setiap 5 hingga 15 hari bulan untuk setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN UNTUK BELI KEPERLUAN DAPUR 2024
Syarat utama untuk memohon bantuan ini pemohon haruslah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Kelayakan Mohon Bantuan Dalam MyKad :
- Beralamat di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024;
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
- Tersenarai dalam data e-Kasih sebagai penerima miskin.
- Kelayakan Mohon Bantuan Dalam e-Wallet :
- Lahir atau menetap di Selengor melebihi 10 tahun;
- Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berumur 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan bawah RM5,000 sebulan;
- Pemilih berdaftar di Selangor.
CARA MEMOHON BANTUAN RM450 DALAM MYKAD UNTUK BELI KEPERLUAN DAPUR 2024
Ikuti cara memohon bantuan untuk beli keperluan dapur di dua (2) pautan berbeza seperti berikut :
- Permohonan Bantuan Dalam MyKad Untuk Beli Keperluan Dapur :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
- Permohonan Bantuan Dalam e-Wallet untuk Beli Keperluan Dapur :
- Sila layari Portal Rasmi di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru].
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
- Selesai.
*Nota : Permohonan hendaklah dilakukan sebelum tarikh tutup.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline SARA : (603) 7720 1800 & Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.
Caran daftar e kasih