CARA MEMOHON SECARA ONLINE PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Mengikut institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam pengeluaran khas KWSP, para pencarum dibenarkan membuat pengeluaran maksimum sehingga RM50,000 untuk kegunaan peribadi tertentu. Dengan adanya inisiatif pengeluaran ini dapat membantu rakyat yang memerlukan.
Bagaimanakah cara memohon secara online pengeluaran khas kwsp rm50000? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 : CHECK SEKARANG
SENARAI PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Untuk memudahkan para pencarum KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan PENGELUARAN PENUH atau PENGELUARAN SEBAHAGIAN daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.
Terdapat 2 kategori pengeluaran iaitu :
JENIS PENGELUARAN | SENARAI KEGUNAAN |
---|---|
PENGELUARAN SEBAHAGIAN | Umur 50. Pendidikan. Beli Rumah. Bina Rumah. Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Perumahan Fleksibel. Perumahan PR1MA. Haji. Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta |
PENGELUARAN PENUH | Umur 55. Umur 60. Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan. Hilang Upaya. Meninggalkan Negara. Kematian |
SENARAI INSTITUSI YANG TERLIBAT PENGELUARAN KHAS KWSP 2024
Berikut merupakan senarai institusi perbankan yang terlibat dalam pengeluaran khas KWSP :
- MBSB Bank.
- CIMB Bank.
- Maybank.
- Bank Simpanan Nasional.
- Bank Muamalat.
SYARAT UMUM PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Untuk pengeluaran khas KWSP, pemohon mestilah mematuhi syarat-syarat umum seperti berikut :
- Warganegara Malaysia atau Ahli Penduduk Tetap :
- Hanya Warganegara Malaysia atau Ahli Penduduk Tetap layak untuk pengeluaran.
- i-Akaun :
- Ahli yang berdaftar sebagai pengguna i-Akaun boleh membuat permintaan pengeluaran dalam talian.
- Jumlah pengeluaran :
- Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi jumlah pengeluaran maksimum (RM50,000) yang ditetapkan oleh KWSP.
- Pembayaran :
- Pembayaran akan dibuat terus ke dalam akaun bank simpanan/semasa ahli atau akaun bank rakan kongsi strategik KWSP.
CARA MEMOHON SECARA ONLINE PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Ikuti cara memohon secara online pengeluaran khas KWSP seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi KWSP di sini :https://www.kwsp.gov.my/ms/https://www.kwsp.gov.my/ms/.
- Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
- Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
- Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
- Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
- Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Kemudian, sila pilih insitusi bank ingin digunakan.
- Permohonan akan diteruskan oleh pihak Bank sekiranya ahli memenuhi syarat kelayakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di sini :https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kamihttps://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari :https://www.kwsp.gov.my/ms/https://www.kwsp.gov.my/ms/.