CARA MOHON BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

CARA MOHON BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

Umat Islam bakal menyambut bulan yang mulai iaitu bulan Ramadhan. Pastinya bagi tahun ini menjadi sukar untuk sebilangan rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan untuk persiapan sekolah yang juga bakal dibuka. Oleh itu MAIWP menawarkan Bantuan Awal Ramadhan yang disalurkan sebanyak RM500.

Bagaimanakah cara mohon bantuan awal ramadhan 500? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN : SEMAK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Bantuan Awal Ramadhan diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu meringankan bebanan terutamanya golongan asnaf untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba dengan kecukupan.

PEMOHON YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, berkeluarga atau bujang, yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon seperti berikut :

  • Beragama islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024

Bantuan Awal Ramadhan yang bernilai RM500 akan disalurkan mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN
Bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H
secara berperingkat.

CARA MOHON BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024

Pemohon perlu menghadirkan diri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal atau boleh terus atas talian (online) melalui laman web seperti berikut :

  1. Sila layari laman web MAIWP; atau klik pada pautan di sini : https://www.maiwp.gov.my/.
  2. Kemudian klik pada [Bantuan Zakat].
  3. Pilih salah satu bantuan yang ingin dipohon.
  4. Muat turun borang permohonan.
  5. Isikan dan lengkapkan borang permohonan.
  6. Hantar ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat MAIWP Pusat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

Leave a Comment