CARA MOHON BANTUAN MYKASIH 2024 : RUJUK PANDUAN LENGKAP DAFTAR DI SINI

CARA MOHON BANTUAN MYKASIH 2024 : RUJUK PANDUAN LENGKAP DAFTAR DI SINI

Menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dengan bantuan yang disalurkan menerusi MyKasih kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah cara mohon bantuan mykasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2024

Permohonan bantuan MyKasih adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

KADAR BANTUAN MYKASIH 2024

Bagi tahun 2024, Kerajaan telah menaikkan kadar bantuan mengikut kategori seperti berikut :

  1. KATEGORI MISKIN TEGAR :
    • Isi Rumah Berpasangan / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak akan menerima kadar bantuan sebanyak RM1,200.
    • Warga Emas Tiada Pasangan juga akan menerima kadar bantuan sebanyak RM1,200.
    • Bujang yang berpendapatan rendah akan menerima kadar bantuan sebanyak RM600.
  2. KATEGORI MISKIN e-KASIH :
    • Isi Rumah Berpasangan / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak akan menerima kadar bantuan sebanyak RM1,200.
    • Warga Emas Tiada Pasangan juga akan menerima kadar bantuan sebanyak RM1,200.
    • Bujang yang berpendapatan rendah akan menerima kadar bantuan sebanyak RM600.
  3. KATEGORI ASAS STR (BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR) :
    • Isi Rumah bukan miskin / miskin tegar akan menerima kadar bantuan sebanyak RM300.
    • Warga Emas bukan miskin / miskin tegar akan menerima kadar bantuan sebanyak RM150.
    • Bujang bukan miskin / miskin tegar juga akan menerima kadar bantuan sebanyak RM150.

CARA PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

Penerima yang layak akan dimaklumkan dengan cara seperti berikut :

  • Surat pemakluman : Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
  • Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) : Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Semakan terus melalui portal rasmi : Portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my / Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my.
  • Hubungi : Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747; atau Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

CARA MOHON BANTUAN MYKASIH 2024

Menurut daripada Portal Rasmi MyKasih, tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja. Berikut adalah cara pendaftaran dengan eKasih :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  8. Selesai.

TALIAN PENDAFTARAN / MOHON BANTUAN MYKASIH

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (mengikut negeri masing-masing) :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

Leave a Comment