CARA PINDAHAN KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK SEKARANG

CARA PINDAHAN KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK SEKARANG

Seperti yang telah diumumkan baru-baru ini bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang berkuat kuasa pada 12 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup para pencarum.

Bagaimanakah cara pindahan KWSP akaun 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN MYKAD TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG

PENGENALAN KWSP AKAUN 3 2024

Akaun 3 KWSP atau Akaun Fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

PERATUSAN PINDAHAN KWSP AKAUN 3 2024

Akaun ahli (caruman) akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut :

  1. Akaun 1 : Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  2. Akaun 2 : Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  3. Akaun 3 : Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

OBJEKTIF PINDAHAN KWSP AKAUN 3 2024

Pihak KWSP mengstruktur semula akaun KWSP adalah bertujuan untuk :

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

CARA PINDAHAN KWSP AKAUN 3 2024

Ikuti cara pindahan KWSP akaun 3 (fleksibel) seperti berikut :

  1. Sila log masuk i-Akaun dalam telefon bimbit anda.
  2. Pada laman utama I-Akaun anda, sila klik pada [Ketahui Lanjut] (Atas Kiri).
  3. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  4. Klik Teruskan.
  5. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
  6. Klik [Teruskan].
  7. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  8. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  9. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  10. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  11. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).
  12. Selesai.

*Peringatan penting : Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun.

Leave a Comment