CARA SEMAK SARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN TAHUN 2025
Seramai 5.4 juta penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) layak menerima bantuan itu secara keseluruhannya sehingga RM2,100 sepanjang tahun ini, bermula 1 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI meluaskan pelaksanaan SARA membabitkan peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.
Penerima yang layak akan menerima bantuan SARA sehingga RM2,100 secara keseluruhan pada tahun ini, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
Ia membabitkan peningkatan 75 peratus daripada tahun lepas. Bantuan ini akan dikreditkan secara bulanan ke MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN BANTUAN SARA 2025 – KELAYAKAN, JUMLAH DAN CARA TEBUS BANTUAN
CARA SEMAK KELAYAKAN SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia
- Bersatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar Ekasih
KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
Isi Rumah | RM 2,100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
Isi Rumah | RM 900 RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 RM50/bulan (bermula April – Disember) |
CARA SARA 2025 DIBAYAR
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.
CARA SEMAK SARA 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN SARA 2025
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
Penerima boleh melakukan pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
CARA MEMBELI MENGGUNAKAN BANTUAN SARA 2025
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
- Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAKAN BAKI DUIT SARA 2025 DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara