CEK SARA 2025 (PEMBAYARAN FASA 1 SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK)
Kerajaan Malaysia terus komited dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025. Bantuan ini diperkenalkan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah, terutamanya mereka yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar. Dengan bayaran bulanan yang disalurkan melalui MyKad, penerima boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih.
Artikel ini akan mengupas maklumat penting mengenai jadual bayaran, cara semakan status, serta panduan penggunaan SARA 2025. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk memanfaatkan bantuan ini sepenuhnya.
Baca Juga : BORANG ZAKAT SELANGOR LZS (CARA MOHON BANTUAN ZAKAT SELANGOR)
TARIKH BAYARAN SARA DALAM MYKAD 2025
Pembayaran Bantuan SARA Dalam MyKad 700,000 ribu penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar adalah bermula pada hari ini (15 Januari 2025, Rabu) dan setiap penerima yang disahkan layak boleh mula menggunakan MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas hari ini dengan jumlah yang ditetapkan kepada setiap kategori.
Kemudian, pembayaran Bantuan SARA Dalam MyKad akan diteruskan lagi pada bulan-bulan seterusnya sehingga ke bulan Disember 2025 mengikut tarikh yang akan diumumkan kelak.
JUMLAH PEMBAYARAN SARA DALAM MYKAD 2025
Bantuan SARA akan dibayar hari ini menerusi MyKad penerima mengikut jumlah yang ditetapkan setiap penerima seperti berikut :
- Jumlah Bayaran SARA Dalam MyKad Hari Ini :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA DALAM MYKAD |
---|---|
Miskin Dan Miskin Tegar | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM100 Bujang : RM50 |
Asas Bukan Miskin | – |
- Jumlah Bayaran SARA Dalam MyKad Setahun :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA DALAM MYKAD 2025 |
---|---|
Miskin Dan Miskin Tegar | Isi Rumah : RM2,100 Warga Emas : RM1,650 Bujang : RM600 |
Asas Bukan Miskin | Isi Rumah : RM900 Warga Emas : RM450 Bujang : – |
NEGERI PENERIMA BAYARAN SARA DALAM MYKAD 2025
Pada tahun sebelum ini, bayaran Bantuan SARA Dalam MyKad hanya disalurkan kepada penerima yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja. Namun, pada tahun 2025 ini, kerajaan meluaskan pemberian Bantuan SARA Dalam MyKad kepada penerima yang menetap di Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.
Negeri-negeri penerima bayaran Bantuan SARA Dalam MyKad Hari Ini :
- Kuala Lumpur;
- Selangor;
- Putrajaya;
- Pahang;
- Kelantan;
- Terengganu;
- Johor;
- Melaka;
- Negeri Sembilan;
- Perlis;
- Perak;
- Pulau Pinang;
- Kedah;
- Sabah;
- Sarawak;
- W.P Labuan.
SEMAK KELAYAKAN BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Ketahui layak atau tidak anda menerima bayaran Bantuan SARA dalam MyKad hari ini melalui semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : http://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bantuan SARA akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565/4566