CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM150 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM150 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Harga untuk barangan asas dapur yang selalunya tidak menentu pastinya akan membebankan segelintir rakyat terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Kerajaan Madani akan meneruskan pemberian Bantuan Barang Dapur untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat.

Bagaimanakah check bantuan barang dapur rm150 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 650 FASA 3 : CHECK SEKARANG

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR RM150 TERBARU 2024

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tarikh pemberian Bantuan Barang Dapur yang terbaru secara rasmi iaitu bermula pada 1 September 2024 (Ahad) dan secara berperingkat sehingga ke penghujung September ini.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR RM150 TERBARU 2024

Berikut merupakan senarai barang dapur yang boleh dibeli penerima dengan menggunakan bantuan :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutandan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki bantuan atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

JUMLAH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR TERBARU 2024

Setiap kategori penerima akan diberikan Bantuan Barang Dapur mengikut jumlah seperti berikut :

  • Isi Rumah Berpasangan / Tunggal : RM100.
  • Warga Emas Berpasangan / Tunggal : RM100.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda : RM50.

CARA PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR RM150 TERBARU 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan kad pengenalan penerima dan elaun perbelanjaan akan dikreditkan untuk penerima membeli barangan dapur yang ingin dibeli.

TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR 2024

Baki elaun bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM150 TERBARU 2024

Ikuti cara check status penerima Bantuan Barang Dapur RM150 yang terbaru seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Laman Rasmi Check Statushttps://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan rasmi di atas.
  2. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  3. Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  4. kemudian, isi ruangan tersebut dengan nombor kad pengenalan pemohon.
  5. Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  6. Status penerima yang terbaru akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment