CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Harga sesetengah barangan dapur tentunya sukar dikawal dan menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah merasa terbeban dengan peningkatan tersebut. Oleh itu, kerajaan berinisiatif untuk mengurangkan bebanan pembelian barang dapur dengan menyalurkan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah check bantuan barang dapur rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN EWALLET B40 PEMBELIAN BARANG DAPUR : SEMAK STATUS SEKARANG

KAEDAH PENYAMPAIAN BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024

Penyampaian bantuan bukanlah diberikan secara fizikal barangan dapur, namun kerajaan akan memberikan bantuan kepada penerima sebanyak RM300 setiap bulan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun e-Dompet.

Melalui akaun tersebut, penerima boleh membeli barang dapur yang diinginkan bernilai sehingga RM300 setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran dengan kediaman penerima.

KEDAI DAN PASARAYA TERPILIH BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024

Penerima yang layak boleh membuat pembelian barang dapur setiap bulan di kedai atau pasaraya yang terpilih sahaja. Untuk mengetahui senarai kedai terpilih yang berhampiran, sila rujuk pautan di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.

TARIKH PENYAMPAIAN BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan akan menyampaikan Bantuan Barang Dapur sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut pada tarikh berikut :

TARIKH PENYAMPAIAN BANTUAN BARANG DAPUR
RM300 SETIAP BULAN
Seawal 5 hingga selewat-lewatnya pada 15 hari bulan
pada setiap bulan
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Barang Dapur sebanyak RM300 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara check penerima Bantuan Barang Dapur RM300 setiap bulan seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan Di Sini.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment