CHECK BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Objektif utama kerajaan Madani adalah untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah dan memastikan mereka terus mendapat bantuan sewajarnya dengan menyalurkan bantuan dalam Mykad secara berfasa setiap bulan.
Bagaimanakah check bantuan dalam mykad fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER : CHECK SEKARANG
CHECK BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 2024
Ikuti cara check status bantuan dalam MyKad bagi fasa ketiga (3) di pautan rasmi seperti berikut :
PAUTAN RASMI CHECK STATUS |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan rasmi di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian [Semakan].
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Kemudian, isikan ruangan tersebut dengan nombor kad pengenalan (tanpa -).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 2024 DIKREDITKAN
Bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad bagi fasa ketiga mengikut jumlah setiap kategori penerima :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 + RM100 + RM100 = RM300 |
WARGA EMAS | RM100 + RM100 + RM100 = RM300 |
BUJANG | RM50 + RM50 + RM50 = RM150 |
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 2024
Pengkreditan bantuan ke dalam MyKad bagi fasa ketiga (3) adalah mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01/07/2024 (Isnin) | RM50 / RM100 |
2. | 01/08/2024 (Khamis) | RM50 / RM100 |
3. | 01/09/2024 (Ahad) | RM50 / RM100 |
CARA PENERIMAAN BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
PREMIS MENERIMA KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di mana-mana 600 premis di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.