CHECK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Pelbagai program bantuan di bawah agensi kerajaan yang disalurkan kepada Isi Rumah berdasarkan pengkalan data e-Kasih termasuk bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad yang mana kini telah memasuki penyaluran fasa ketiga (3) pada tahun ini.

Bagaimanakah check bantuan ekasih dalam mykad rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKAD 1200 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2024

Bantuan e-Kasih dalam MyKad adalah merupakan sebuah program bantuan kerajaan yang dikreditkan ke dalam MyKad khusus kepada rakyat yang mempunyai data di bawah e-Kasih bagi meringankan bebanan sara hidup rakyat sekaligus dapat memudahkan untuk menerima dan menggunakannya.

BILAKAH BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024 DISALURKAN

Bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima bagi fasa ketiga (3) adalah secara berperingkat bermula pada 1 Ogos 2024 (Khamis) dan seterusnya pada 1 September 2024 (Ahad) sehingga ke penghujung bulan September ini.

BERAPAKAH AMAUN BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD FASA 3 2024 DISALURKAN

Amaun Bantuan e-Kasih yang disalurkan ke dalam MyKad bagi fasa ketiga (3) adalah tertakluk kepada kelayakan kategori penerima seperti berikut :

  • Ketua Isi Rumah : RM100.
  • Isi Rumah Warga Emas : RM100.
  • Isi Rumah Bujang : RM50.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD FASA 3 2024

Kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan e-Kasih dalam MyKad bagi fasa ketiga (3) adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CHECK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024

Ikuti cara check status Bantuan e-Kasih dalam MyKad RM150 fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment