CHECK BANTUAN MYKAD 1200 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Arus pemodenan kini menggalakan pembelian secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan kad bank. Oleh itu, kerajaan mewujudkan inisiatif bantuan ke dalam MyKad yang boleh digunakan secara tanpa tunai untuk pembelian sama seperti kad bank.
Bagaimanakah check status bantuan mykad 1200 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM150 TERBARU : SEMAK STATUS SEKARANG
KADAR PEMBERIAN BANTUAN MYKAD FASA 3 2024
Pemberian bantuan ke dalam MyKad bagi kadar setahun adalah sebanyak RM1,200. Namun, bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima secara ansur setiap bulan mengikut fasa iaitu sebanyak RM100 sebulan selama tempoh 12 bulan.
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 1200 FASA 3 2024
Pengkreditan bantuan ke dalam MyKad adalah secara ansur setiap fasa seperti jadual berikut :
FASA | TARIKH PENGKREDITAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Pertama (1) | 22/01/2024 01/02/2024 01/03/2024 | RM100 + RM100 + RM100 = RM300 |
Kedua (2) | 01/04/2024 01/05/2024 01/06/2024 | RM100 + RM100 + RM100 = RM300 |
Ketiga (3) | 01/07/2024 01/08/2024 01/09/2024 | RM100 + RM100 + RM100 = RM300 |
Keempat (4) | 01/10/2024 01/11/2024 01/12/2024 | RM100 + RM100 + RM100 = RM300 |
CARA PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 1200 FASA 3 2024
Bagi penerima yang disahkan boleh menggunakan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih berhampiran (rujuk kedai terpilih DI SINI).
- Kemudian, pilih barangan yang ingin dibeli seperti : beras / gula / biskut / telur / minyak masak / ubat-ubatan dan sebagainya.
- Di kaunter bayaran, tunjukkan MyKad pada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih di bawah kategori yang diluluskan.
- Seterusnya, penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Transaksi pembelian akan disahkan oleh juruwang.
CHECK BANTUAN MYKAD 1200 FASA 3 2024
Ikuti cara check status Bantuan MyKad bagi fasa ketiga (3) seperti berikut :
- Sila layari pautan rasmi ‘Check Status’ di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Bahagian ‘Check Status’ akan dipaparkan.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Isikan nombor kad pengenalan pada ruangan tersebut tanpa – (contoh : 780230084567).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.