CHECK BANTUAN MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

CHECK BANTUAN MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Setiap bulan kerajaan akan mengkreditkan bantuan ke dalam Mykad (kad pengenalan) penerima. Namun, bantuan ini hanyalah dirangka khas untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat warganegara Malaysia.

Bagaimanakah check bantuan mykad rm150 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 150 MYKAD TERBARU : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD SETIAP BULAN 2024

Setiap kategori akan menerima bayaran bantuan dalam MyKad mengikut jumlah yang ditetapkan setiap bulan seperti berikut :

  • Bujang :
KELAYAKANJUMLAH BAYARAN
BANTUAN
Umur 19 hingga 59 tahunRM50 setiap bulan
Umur 60 tahun ke atasRM100 setiap bulan
  • Isi Rumah :
KELAYAKANJUMLAH BAYARAN
BANTUAN
Berpasangan (Ada / tiada anak)RM100 setiap bulan
Tunggal (Ada anak)RM100 setiap bulan

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD SETIAP BULAN 2024

Bantuan yang disalurkan dalam Mykad telah dirangka khas kepada rakyat Malaysia menggunakan setiap bulan untuk :

  • Membeli barangan asas dapur;
  • Membeli barangan keperluan asas pendidikan anak;
  • Membeli barangan asas kebersihan dan kesihatan.

HAD AMAUN PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 2024

Baki yang tidak digunakan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya mengikut had amaun yang ditetapkan, iaitu sebanyak :

  • Bujang :
KELAYAKANHAD AMAUN BANTUAN
Umur 19 hingga 59 tahunRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
Umur 60 tahun ke atasRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
  • Isi Rumah :
KELAYAKANHAD AMAUN BANTUAN
BerpasanganRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
TunggalRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun

CHECK BANTUAN MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara check kelayakan penerima bantuan MyKad setiap bulan :

  1. Sila layari laman sesawang di pautan ini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian ini : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment