CHECK BANTUAN RAHMAH RM650 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN RAHMAH RM650 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Jumlah yang tertinggi bagi penyaluran Bantuan Rahmah fasa ketiga (3) adalah sebanyak RM650. Ini menunjukan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang berpendapatan rendah serta mempunyai bilangan tanggungan yang ramai layak mendapat bantuan tunai yang sewajarnya.

Bagaimanakah check bantuan rahmah rm650 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYSARA (RM1800 TERBARU)

BILANGAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH FASA 3 2024

Keseluruhan bilangan penerima Bantuan Rahmah bagi fasa tiga (3) adalah seramai 8.5 juta. Namun akan dibahagikan mengikut pecahan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABILANGAN PENERIMA
Isi Rumah B403.0 juta
Isi Rumah M401.0 juta
Bujang Warga Emas1.2 juta
Bujang Belia3.3 juta
*Nota : Bagi penerima Bantuan Rahmah yang bernilai RM650 adalah sebahagian daripada 3.0 juta penerima sahaja.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH RM650 FASA 3 2024

Berikut merupakan kelayakan penerima Bantuan Rahmah yang bernilai RM650 bagi fasa tiga (3) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tiada had umur;
  • Berpasangan / ibubapa tunggal;
  • Mempunyai anak 5 orang dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RAHMAH RM650 FASA 3 2024

Penerimaan Bantuan Rahmah yang bernilai RM650 bagi fasa tiga (3) adalah pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH PENERIMAAN
BANTUAN RAHMAH
Penerima Sedia AdaBermula : 29/08/2024
Hingga : 06/09/2024
Penerima BaharuBermula 18/09/2024
Hingga : 20/09/2024

CARA PENERIMAAN BANTUAN RAHMAH RM650 FASA 3 2024

Penerimaan Bantuan Rahmah adalah melalui dua (2) cara, iaitu :

  1. Secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan; atau
  2. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

CHECK BANTUAN RAHMAH RM650 FASA 3 2024

Ikuti cara check status penerima Bantuan Rahmah RM650 fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Rasmi Bantuan Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment