CHECK BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Rakyat Malaysia yang terpilih untuk menerima bantuan dalam Mykad adalah majoritinya terdiri daripada golongan rentan yang mudah terkesan akan kenaikkan kadar ekonomi. Ia adalah sebagai bantuan tambahan untuk membantu rakyat memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah check bantuan rm100 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI SARA HIDUP DALAM MYKAD RM450 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN MYKAD 2024

Pemberian bantuan menerusi Mykad adalah bertujuan untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas tanpa perlu mengeluarkan wang tunai. Sekaligus dapat memudahkan kerajaan untuk mengenalpasti rakyat yang layak.

SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Terdapat tiga (3) kategori penerima dari dua (2) kelayakan yang berbeza, iaitu :

  • Kelayakan Miskin Tegar :
BIL.KATEGORI PENERIMA
1.Isi Rumah
2.Warga Emas
3.Bujang
  • Kelayakan Miskin Serdehana :
BIL.KATEGORI PENERIMA
1.Isi Rumah
2.Warga Emas
3.Bujang

KADAR HAD BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Penyaluran bantuan ke dalam Mykad adalah mengikut kadar had seperti berikut :

KADAR AMAUNHAD PENYALURAN
RM100 (Isi Rumah & Warga Emas)
RM50 (Bujang)
Sebulan
RM1,200 (Isi Rumah & Warga Emas)
RM600 (Bujang)
Setahun
*Nota : Baki amaun bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya.

TEMPOH PENYALURAN BANTUAN MYKAD 2024

Kerajaan telah menetapkan tempoh penyaluran bantuan dalam Mykad adalah selama 12 bulan bermula pada 22 dan 29 Januari 2024 dan setiap bulan seterusnya bermula 1 hari bulan sehingga 1 Disember 2024. Namun, penerima hanya boleh menggunakan bantuan sehingga 31 Disember 2024.

CHECK BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Ikuti cara check status bantuan dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan ‘Check Status’ di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke laman ‘Check Status’, klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  3. Kemudian, masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment