CHECK BANTUAN RM450 MYKAD TERBARU 2024 : SEMAK SEKARANG
Gabungan bantuan oleh kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri dengan harapan dapat membantu meningkatkantaraf ekonomi golongan yang berpendapatan rendah. Setelah digabungkan bantuan akan disalurkan mencecah sehingga RM450 sebulan.
Bagaimanakah check bantuan rm450 mykad terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG
KAEDAH PENYAMPAIAN BANTUAN RM450 TERBARU 2024
Penyampaian bantuan kepada penerima adalah melalui dua (2) kaedah yang berbeza, iaitu :
- Disampaikan melalui MyKad penerima; dan
- Disampaikan melalui akaun Selangkah.
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah sebanyak RM100 untuk isi rumah dan RM50 untuk kategori bujang. Selain itu, bantuan sebanyak RM300 disalurkan adalah melalui akaun Selangkah yang telah didaftarkan.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN RM450 MYKAD TERBARU 2024
Berikut merupakan tarikh penyaluran yang terbaru mengikut dua (2) kaedah yang berbeza :
- Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah bermula pada 1 Julai 2024 (Isnin); manakala
- Bantuan yang disalurkan ke dalam akaun Selangkah adalah bermula pada 5 hingga 15 Julai 2024.
CHECK BANTUAN RM450 MYKAD TERBARU 2024
Ikuti cara check bantuan terbaru mengikut dua (2) laman yang berbeza seperti berikut :
- Cara Check Bantuan MyKad (RM150) :
- Sila layari laman semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan nombor MyKad yang betul tanpa “-“.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Klik pada [Kembali].
- Selesai.
- Cara Check Bantuan Selangkah (RM300) :
- Sila layari laman semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#.
- Masukkan nombor telefon yang telah didaftarkan.
- Kemudian, masukkan kata laluan dengan tepat.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pada halaman utama, sila klik pada [Status Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & SELANGKAH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA : 03 7720 1800
- Talian SELANGKAH : 1800 22 6600
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ & https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.