CHECK BANTUAN RM600 MYKAD 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Dayatahanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah amat dititik berat oleh Kerajaan pada masa kini. Oleh itu, pelbagai bantuan diperuntukan untuk membantu meringankan bebanan yang hadapi rakyat termasuk golongan bujang.
Bagimanakah check bantuan rm600 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN 1000 MYKAD : SEMAK STATUS SEKARANG
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN RM600 2024
Bantuan berjumlah RM600 adalah disalurkan secara berperingkat mengikut negeri. Bagi penerima yang menetap di mana-mana negeri Semenanjung Malaysia, penyaluran adalah melalui MyKad. Namun, bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan akan disalurkan secara tunai melalui bank.
KADAR PENYALURAN BANTUAN RM600 MYKAD 2024
Penyaluran bantuan berjumlah RM600 disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerima di Semenanjung Malaysia akan menerima RM50 setiap bulan selama 12 bulan sehingga RM600; manakala
- Penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima RM300 sekali selama dua (2) kali setahun.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN RM600 MYKAD 2024
Berikut merupakan tarikh penyaluran bantuan yang terkini :
- 1 Ogos 2024, 1 September 2024, 1 Oktober 2024, 1 November 2024 dan 1 Disember 2024 (Bagi penerima di Semenanjung Malaysia);
- 12 Ogos 2024 (Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan).
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM600 2024
Bantuan yang berjumlah RM600 adalah terhad kepada :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Status Bujang / Balu / Janda / Duda tidak mempunyai anak;
- Pendapatan tidak lebih dari RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CHECK BANTUAN RM600 MYKAD 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan RM600 bagi tahun 2024 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan ‘Check Status’ di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.