CHECK BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Lebih 8.5 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima Bantuan Tunai MySTR bagi fasa ketiga (3) tahun ini dan setiap penerima akan menerima bantuan tunai secara berperingkat bermula pada tarikh 29 Ogos 2024 (Khamis) mengikut kelayakan.

Bagaimanakah check status bantuan tunai mystr fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BTR HASIL GOV MY SEMAKAN : CHECK BAYARAN FASA 3 SEKARANG

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024

Penerimaan Bantuan Tunai MySTR fasa ketiga (3) adalah mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Penerima sedia ada :
CARA PENERIMAANTARIKH
Secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN)
29 Ogos 2024
Pengkreditan ke dalam akaun
bank penerima
Bermula 29 Ogos 2024
hingga 6 September 2024
  • Penerima baharu dan rayuan :
CARA PENERIMAANTARIKH
Secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN)
18 September 2024
Pengkreditan ke dalam akaun
bank penerima
Bermula 18 September 2024
hingga 20 September 2024

WAKTU PENERIMAAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024

Bantuan Tunai MySTR fasa ketiga (3) akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu yang ditetapkan setiap bank seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024

Kadar amaun Bantuan Tunai MySTR fasa ketiga (3) adalah diberikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BANTUAN TUNAI
MYSTR FASA 3 2024
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM150.
1 – 2 anak : RM350.
3 – 4 anak : RM500.
5 anak ke atas : RM650.
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM150.
1 – 2 anak : RM200.
3 – 4 anak : RM250.
5 anak ke atas : RM300.
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BANTUAN TUNAI
MYSTR FASA 3 2024
Bujang Umur 21 hingga 59 tahunRM50
Bujang Umur 60 tahun ke atas
(Warga Emas)
RM150

CHECK BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024

Ikuti cara check status Bantuan Tunai MySTR fasa tiga (3) di pautan Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi MySTR LHDNM; atau klik pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad] tanpa – (contoh : 870230113456).
  3. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment