CHECK MYSALAM BANTUAN RM700 B40 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Golongan B40 (berpendapatan rendah) akan menerima pelbagai inisiatif bantuan yang sewajarnya oleh Kerajaan dan pada tahun ini juga bantuan demi bantuan diberikan termasuk bantuan mySalam yang akan disalurkan bernilai sehingga RM700 pada tahun ini.
Bagaimanakah check mysalam bantuan rm700 b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR B40 TERKINI : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
APA ITU MYSALAM BANTUAN RM700 B40 2024
MySalam adalah merupakan sebuah inisiatif kerajaan dalam membantu golongan B40 dengan memberikan perlindungan perubatan (secara percuma) dalam bentuk bantuan kewangan apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan terutamanya pesakit kronik.
JUMLAH PENERIMA MYSALAM BANTUAN RM700 B40 2024
Bagi tahun 2024 ini, jumlah penerima yang terlibat layak menerima Bantuan mySalam adalah seramai lebih 3.68 juta individu yang terdiri daripada kategori isi rumah, warga emas dan juga bujang yang mana berpendapatan rendah (B40).
KADAR AMAUN MYSALAM BANTUAN RM700 B40 2024
Bagi individu yang menghidapi penyakit layak menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun atau bagi individu yang disahkan menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal boleh menuntut faedah bernilai RM8,000 seumur hidup.
KADAR AMAUN BANTUAN | TEMPOH |
---|---|
RM700 | Setahun |
RM8,000 | Seumur Hidup |
SENARAI PENYAKIT LAYAK MYSALAM BANTUAN B40 2024
Antara 45 penyakit yang terlibat adalah termasuk :
- Buta kekal yang tidak boleh pulih;
- Hilang keupayaan bertutur;
- Serangan jantung;
- Kelumpuhan anggota;
- Penyakit Alzheimer;
- Kegagalan buah pinggang;
- Jangkitan HIV/AIDS; dan
- Lain-lain penyakit.
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM BANTUAN B40 2024
MySalam adalah terhad kepada yang berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori B40 dan ke bawah;
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang dan OKU berumur antara 40 hingga 65 tahun dengan pendapatan setahun kurang RM24,000.
CHECK MYSALAM BANTUAN RM700 B40 2024
Ikuti cara check status mySalam bantuan RM700 untuk B40 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi mySalam; atau klik di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah untuk semakan.
- Kemudian, masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan penerima akan terus dipaparkan ‘Anda LAYAK’.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySalam. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- E-mel : [email protected]; atau
- Hubungi Talian mySalam : 1 300 888 938
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.