CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

Inisitiaf bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima telah diperkenalkan sejak tahun 2023 dan Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan melalui Mykad untuk tahun 2024 dengan menaikkan kadar bantuan kepada RM1,200 berbanding sebelum ini hanya RM600 sahaja.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan 1200 mykad? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 MYKAD UNTUK B40 : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Bantuan RM1,200 Mykad ialah merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan khas untuk pembelian keperluan asas dapur di kedai-kedai atau pasaraya yang terpilih dan pembayaran hanya dengan menggunakan Mykad sahaja.

BILAKAH BAYARAN BANTUAN 1200 MYKAD

Bayaran Bantuan RM1,200 akan disalurkan ke dalam MyKad penerima yang layak secara ansur sepanjang tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan bermula Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November, dan bayaran akhir pada Disember 2024.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 1200 MYKAD

Bantuan ini boleh digunakan di kedai-kedai atau pasaraya yang terpilih berdaftar dengan MyKasih. Cara menggunakan bantuan / pembelian menggunakan Mykad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda (Rujuk di sini : SENARAI KEDAI MYKASIH)
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki dalam IC anda.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Ikuti cara check bantuan RM1,200 Mykad di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

1 thought on “CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment