CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Kumpulan B40 adalah merupakan 40 peratus daripada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Justeru, Kerajaan amat prihatin terhadap golongan B40 dengan mewujudkan pelbagai bantuan kewangan khas disalurkan untuk B40 termasuk bantuan yang diberikan RM100 setiap bulan bagi membantu menampung kos sara hidup.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan B40 RM100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 : SEMAK STATUS SEKARANG

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN B40 RM100 SETIAP BULAN 2024

Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan, kadar peruntukan yang disalurkan kepada B40 melalui bantuan RM100 setiap bulan adalah sebanyak RM700 juta khas untuk lebih 700,000 ribu penerima selama tempoh 12 bulan (sepanjang tahun 2024) yang juga meningkat lima kali ganda berbanding tahun sebelum ini.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN B40 RM100 SETIAP BULAN 2024

Penyaluran bantuan RM100 setiap bulan kepada golongan B40 adalah mengikut tarikh seperti berikut :

BIL.TARIKH PENYALURANJUMLAH
BANTUAN
1.22/01/2024RM100
2.01/02/2024RM100
3.01/03/2024RM100
4.01/04/2024RM100
5.01/05/2024RM100
6.01/06/2024RM100
7.01/07/2024RM100
8.01/08/2024RM100
9.01/09/2024RM100
10.01/10/2024RM100
11.01/11/2024RM100
12.01/12/2024RM100

KAEDAH PELAKSANAAN PENERIMA BANTUAN B40 RM100 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan telah melaksanakan bantuan ini kepada penerima yang merupakan golongan B40 seperti kaedah berikut :

  1. Setelah penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara check nama penerima bantuan RM100 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi bantuan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Pada laman rasmi tersebut, sila klik pada ruang ‘Nombor MyKAD’.
  3. Kemudian, masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status nama penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment