CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Setiap nama-nama penerima yang berstatus ‘Layak’ boleh memilih barangan dapur yang ingin dibeli dengan menggunakan Bantuan Barang Dapur secara tanpa tunai di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran dengan kediaman penerima.
Bagaimanakh check nama penerima bantuan barang dapur rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN TUNAI MADANI TERBARU : SEMAK SEKARANG
KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024
Bantuan Barang Dapur bukanlah diberikan secara fizikal namun bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun kad pengenalan dan akaun e-Dompet, membolehkan penerima untuk membuat pembelian barang dapur secara tanpa tunai (cashless).
- Pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan; atau
- Pengkreditan ke dalam akaun e-Dompet.
KADAR AMAUN BANTUAN BARANG DAPUR 2024 DIBERIKAN
Kerajaan akan memberikan Bantuan Barang Dapur dengan kadar sebanyak RM300 melalui pengkreditan ke dalam akaun e-Dompet dan kadar sebanyak RM100 dan RM50 melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan mengikut kelayakan penerima.
- RM300 : Kredit ke dalam akaun e-Dompet; dan
- RM100 + RM50 : Kredit ke dalam akaun kad pengenalan.
TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024
Tempoh Bantuan Barang Dapur yang diberikan kepada penerima adalah antara selama 12 bulan (setahun) sehingga 24 bulan (2 tahun) berturut-turut dan penerima perlu menghabiskan baki bantuan tersebut sebelum tamat tempoh.
- Selama tempoh 12 bulan Bantuan Barang Dapur dikreditkan ke dalam akaun kad pengenalan; dan
- Selama tempoh 24 bulan Bantuan Barang Dapur dikreditkan ke dalam akaun e-Dompet.
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR RM450 2024
Ikuti cara check nama penerima Bantuan Barang Dapur di dua (2) pautan yang berbeza seperti berikut :
- Cara Check Nama Penerima Bantuan Barang Dapur dalam e-Dompet :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Check Nama Penerima Bantuan Barang Dapur Dalam KP :
- Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.