CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Dianggarkan seramai 0.7 juta isi rumah yang berpendapatan rendah serta memenuhi kriteria layak menerima bantuan tunai bernilai RM100 di dalam Mykad. Pengkreditan adalah secara automatik ke dalam Mykad penerima dan penerima boleh terus menggunakannya di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.

Bagaiamanakah check nama penerima bantuan mykad rm100 bulan Jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024

Berikut merupakan tarikh pengkreditan bantuan RM100 ke dalam Mykad penerima :

PERKARATARIKH
Pengkreditan Bantuan dalam MyKadSecara berperingkat
bermula 1 Jun 2024 (Sabtu)

SENARAI PREMIS YANG BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024

Terdapat lebih 600 premis yang berdaftar dengan bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad, penerima boleh menggunakannya di kedai-kedai berhampiran seperti berikut :

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • The Store;
  • Pacific;
  • Milimewa;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco);
  • Lulu Supermarket;
  • Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024

Bagi yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan dalam Mykad, ikuti cara-cara seperti berikut :

  1. Kunjungi pasaraya atau kedai yang berhampiran;
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (pilih yang bertanda MyKasih);
  3. Tunjukan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan;
  4. Juruwang akan mengimbas barangan mengikut kategori terpilih;
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN Mykad yang didaftarkan;
  6. Resit pembelian akan diberikan bersama baki di dalam Mykad.

*Nota : Penggunaan MyKad adalah hampir sama seperti pembayaran menggunakan kad bank. Namun, sekiranya pembelian melebihi RM100 atau barangan bukan bertanda Mykasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JUN 2024

Ikuti cara check nama penerima yang layak menerima bantuan RM100 dalam MyKad bagi bulan Jun seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment